Wednesday, 7 November 2012

Aku kebingungan =_+"

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan yang tidak mengenali diri ini.
Percayalah Islam adalah cara hidup yang sempurna =)


Alhamdulillah ana baru lepas test petang tadi.Doakan result ana dan kawan2 ana mantap ^_^.
Minggu ni banyak kerja sikit sebab tu xdapat nak share something ngan sahabat2.Maafkan ana.
Hari ini ana nak share perihal satu isu yang roomate ana kongsikan pada ana.Roomate ana maklumkan pada ana,ada segelintir daripada kita yang tak berapa nak terima apa yang disampaikan oleh ustaz seperti Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Akhil Hayy.Katanya kerana dahulu Ustaz Don dan Ustaz Akhil Hayy dahulu teruk(Wallahu'alam) dan apabila dah berhijrah mereka belum cukup ilmu dan pengalaman lagi dah nak ubah itu dan ini.Itulah isu yang roomate ana kongsikan.
          Waktu tu,ana bingung sangat.Ana xtahu nak jawab apa dan ana xreti nak jawab walaupun hati ana memberontak.Fikir2,ana buat keputusan nak minx pendapat professor ana yang ajar ana TITAS(Tamadun Islam dan Tamadun Asia).Lepas habis kelas beliau,ana berjumpa dan tanya personal dengan dia.Beliau kata beliau akan kongsikan pada kelas akan datang.Ana tunggu2 jawapan dari beliau.
           Alhamdulillah,semalam beliau share something yang ana xterfikir jawapannya.Jawapannya simple sahaja.Dahulu Umar Bin Al-Khatab pun jahil tetapi lepas dia berhijrah(menganut Islam) dia  sampaikan banyak benda.Daripada jawapan prof,terbuka fikiran ana untuk berfikir sejenak.
          Semua manusia ni pernah buat salah kecuali Nabi sahaja yang Allah ciptakan ma'sum.Tanpa kita sedar,kita yang banyak buat dosa ni,orang lain xtahu pun apa yang kita buat.Ianya menjadi rahsia Allah dan kita.Kenapa ye sahabat?Pernah terfikir x,kenapa salah kita pada Allah yang banyak ni,orang mostly xtahu?Teringat ana, kata2 Ustaz Asri(Ustaz masa di Matrik),katanya"ustaz ni.... banyak buat salah dahulu tapi awak semua x tahu,Ustaz2 lain pun banyak buat salah dahulu tapi kita xtahu.Allah tutup aib kita semua.Kita sahaja yang buka aib kita sendiri."
          Kenapa kita banyak buat dosa pada Allah,Allah tolong tutup aib kita?Kalau manusia,kita buat salah pada mereka,mostly mereka akan buka aib kita.Sahabat2....betapa Allah cinta akan hambaNya.Kita buat salah pada Dia pun,Dia sudi tutup aib kita.Kita je yang suka sangat buka aib sendiri dan aib orang lain.Kadang2 xsedar,dalam sedang membuka aib orang lain,terbuka aib sendiri(naudzubillahiminzalik)
          Dalam nak sampaikan sesuatu perkara yang baik jangan ditunggu-tunggu.Sampai bila kita nak tunggu orang yang xpernah buat salah sampaikan something benefit pada kita???Orang yang xpernah buat salah hanya Nabi sahaja,dan baginda sudah lama meninggalkan kita.Tapi baginda tidak tinggalkan kita terkontang-kanting,baginda tinggalkan untuk kita Al-quran dan sunnah baginda.Rujuk itu semula sahabat(reminder untuk diri ana juga).
          
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ « بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً ، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِى إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار »
Terjemahan: Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban).
          Satu kisah seekor burung yang kecil yang bersusah-payah mengambil air untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim.Lalu ada seekor haiwan(xingat haiwan apa,tapi saiznya lagi besar berbanding dengan burung tersebut) yang melihat tingkahlaku burung tersebut berkata,"wahai burung,kenapa engkau perlu bersusah payah memadamkan api yang marak membara membakar Ibrahim sedangkan engkau kecil sahaja.Tidak akan terpadam api tersebut dengan usaha engkau itu."Si Burung menjawab,"Supaya di akhirat kelak aku dapat menjawab di hadapan Tuhan bahawa aku telah berusaha membantu memadamkan api yang membakar Ibrahim".Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,Allah tidak melihat sesuatu itu berdasarkan hasilnya,berjaya atau tidak,tetapi berdasarkan usaha yang kita lakukan.
           Tafsir surah As-Saffat yang disampaikan oleh Dr.Haji Ustaz Zahazan Mohamed di IKIM FM pagi tadi(7 Nov):Di Akhirat kelak,ada nabi yang hanya ada satu sahaja pengikutnya,ada yang ada sekumpulan sahaja pengikutnya,ada yang tiada pengikut langsung.Jangan dilihat berdasarkan berapa ramai sokongannya tetapi lihat apa yang disampaikannya.Allah tidak melihat sesuatu itu berdasarkan hasilnya,berjaya atau tidak,tetapi berdasarkan usaha yang kita lakukan.

Wallahu'alam=)
Semua yang baik dan buruk itu datang dari Allah tetapi yang buruk itu atas kelemahan diri ana sendiri sebagai insan yang lemah.Segala kesalahan dan kesilapan mohon ditegur dan dibetulkan.
Assalamualaikum=)

Tuesday, 30 October 2012

Kita Alat Penyebar Fitnah???

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang mengenali dan yang tidak mengenali diri ini.
Semoga setiap yang kita tuturkan memberi manfaat kepada orang lain dan diri kita,InsyaAllah=) dan mohon dijauhkan lidah ini mendatangkan atau menyebarkan fitnah kepada orang lain,na'udzubillahiminzalik

Zaman millenium ini,senang sahaja berita tersebar.Sama ada berita benar atau berita palsu.Dan kita sendiri selalu terpedaya dengar penyebaran berita2 yang kita xtahu setakat mana kebenarannya.Dalam mengikuti perkembangan dunia semasa,yang bergerak pantas bagaikan kelajuan cahaya,tanpa kita sedar kita menjadi ALAT PENYEBAR FITNAH!!!.

Sahabat2....
Ingat x firman Allah s.w.t dlm Al-quran

  Maksud bahasa melayu:Pada hari ini(Hari Pengadilan),Kami akan tutup mulut-mulut mereka,tangan-tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberikan kesaksian terhadap apa dahulu yang mereka kerjakan.(Yaasin:65)

Mulut yang selalu menipu,menyebarkan khabar2 angin kelak akan ditutup atas izin Allah dan tidak dapat digunakan di hadapan Allah untuk menipu Tuhan Yang Maha Besar.Anggota badan yang lain yang akan diberi izin oleh Allah untuk berkata-kata dan menjadi saksi apa yang kita lakukan sepanjang di dunia.

Mulut ini,yang kelak Allah akan biarkan tutup di hari pengadilan,kerap menyebarkan berita2 yang belum pasti kesahihannya.Bila masa pula mulut kita ni menjadi alat penyebar fitnah?Bila masanya sahabat?Sewaktu kita berbicara sahabat....terutama sewaktu berbicara kosong.Kadang2 sewaktu kita meluahkan perasaan sedih atau marah mahupun gembira,orang lain dijadikan bahan untuk menjadi cerita.Na'udzubillah.

Tanpa kita sedar, sedikit sebanyak kita membantu menyebarkan fitnah.Zaman sekarang,tangan pun boleh menjadi alat penyebar fitnah.Post sikit kat fb,kat blog ramai yang like,ramai yang share.Betapa berdosanya kita jika berita itu tidak benar.Jika benar pun,tetap juga berdosa kerana membuka aib orang lain jika bukan bertujuan untuk dijadikan iktibar atau pengajaran buat semua.

Bayangkan apa kesannya pada orang yang kita fitnah itu.Mesti mereka malu untuk berjumpa masyarakat atau hilang keyakinan diri.Atau mungkin jadi lagi teruk dek khabar angin yang kita sebarkan.Hanya Allah yang tahu penderitaan yang ditanggung oleh mereka.Kalau kita jadi orang yang difitnah,apa reaksi kita?Mesti kita tak sukakan?Adakah kita akan bersabar atau kita akan berputus asa?Wallahu'alam.Semoga kita dijauhkan dari menyebar fitnah dan difitnah.

“Betullah,surat khabar yang tulis”,”Ada dalam berita kat tv lah”,”Cube bace kat internet,ada dyorg bagitahu”<-------Seringkali itulah alasan kita apabila orang lain bertanyakan kebenaran sesuatu berita itu.Mari jauhkan dari sifat ini sahabat.Ana pun kadang-kadang terleka dan terlalai.Tanpa ana sedar,ana pun pernah dan mungkin sedang menjadi alat penyebar fitnah.

Ya Allah,Kami memohon kepadaMu supaya dipelihara lidah dan tangan ini dari menyebarkan khabar-khabar palsu,fitnah serta membuka aib orang lain.Engkau jadikanlah seluruh anggota badan ini,sebagai alat untuk memberi kebaikan kepada orang lain.Ameen


Maksud bahasa melayu:"Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-orang yang ada penyakit (syak ragu-ragu) dalam hatinya, serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja,"(Al-Ahzaab:60)

Wallahu'alam=)
Segala yang baik dan buruk itu datang dari Allah s.w.t tetapi yang buruk atas asbab kelemahan dan kekurangan saya sendiri sbg insan yang memang dijadikan oleh Allah banyak kekurangannya.Segala salah dan silap mohon ditegur dan dibetulkan.
Assalamualaikum=)



Friday, 19 October 2012

Gagalkah kita?atau lulus?

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan yang xmengenali diri ini=)
Semoga setiap ujian yang kita tempuhi kita hadapinya dengan penuh keimanan dan keyakinan yang mantap bahawa Allah akan membantu kita hadapi ujian tersebut,InsyaAllah=)



 Maksud bahasa melayunya:
Aliff Lam Mim.
Adakah Manusia Mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja untuk mengaku "kami beriman" dan sedangkan mereka belum diuji?
Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta
(Surah Al-Ankabut:ayat 1-3)

Kdg2 kita sedar bahawa kita sedang menghadapi ujian dan kdg2 kita tidak sedar yang kita sedang diuji.Bila masa kita sedar bila masa kita xsedar sahabat?Apabila kita hadapi ujian duniawi seperti UPSR,PMR,SPM,STPM dan yang seangkatan dengannya kita sedar kita sdg sit for exam.Tetapi bila kita hadapi ujian ukhrawi(ujian yang nak menguji sama ada kita beriman atau x) kdg2 kita xsedar.Dan disebabkan itulah kita gagal nak menjawab soalan2 ujian ukhrawi.Kita xsedar pun yang kita pun kena sit for exam ukhrawi ,maka kita x bersedia,kita xbelajar!Bagaimana kita nak jawab exam kalo kita x belajar.Gamaknya gagallah kita.Naudzubillahiminzalik.

Kita sibuk prepare nak jwb ujian duniawi tetapi kita lupa juga nak sibukkan diri dengan ujian ukhrawi.Kita lupa sahabat...bahawa ujian duniawi xpe kalau gagal tetapi ujian ukhrawi mampus kita kalau gagal.Mampus bukan sekali je sahabat,banyak kali kita akan mampus.Mampu sekali kemudian Allah akan hidupkan semula dan rasa kesakitannya nak mampus berulang kali sehingga kiamat habis.Tapi bila kiamat nak habis???Kiamat adalah satu tempoh masa yang infinity,xkan berhenti.So,kita akan merasa seksaannya berulang-ulang kali<---------naudzubillahiminzalik
Tapi ana x bermaksud yang kita xperlu belajar,biar je gagal exam duniawi.Tidak2*geleng2*.
Gunakan dunia ini utk cari akhirat.Kerna itulah Allah hidupkan kita kat dunia ni.Tunjukkan pada dunia apa Islam itu.=)



Soalan exam duniawi sama sahaja.Kita kalau xley  nak
jawab,nak tiru orang sebelah pun boley kerana soalannya sama sahaja(tapi jgn meniru!)Tetapi kalau exam ukhrawi soalannya berbeza.Tetapi nak tiru boleh walaupun soalannya lain2.Tirulah cara org lain menghadapi masalahnya.Ambil yang baik,yang xbaik jangan diikut.

Bertenanglah jika ditimpa ujian,mehnah dan tribulasi.Jawablah dengan rasa keimanan dan yakin kepada Allah.Letaklah kebergantungan padaNya.Nescaya Dia akan membantu.InsyaAllah=)
Jangan berduka jika ditimpa musibah.Kenapa kita yang ditimpa ujian yang sedemikian rupa.Kerana Allah sayang kat kita Allah bagi ujian pada kita.Supaya kita selalu ingat padaNya dan bergantung harap padaNya.Supaya makin bertambah iman kita padaNya.Berdukalah jika Allah membiarkan kita dengan kelalaian dunia kerana kita akan makin jauh dariNya.Naudzubillah.

Wallahu'alam=)
Semua yang baik dan yang buruk itu datang dari Allah tetapi yang buruk itu disandarkan atas kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri sebagai insan yang hina lagi dina.Segala salah dan silap mohon ditegur dan dibetulkan=)

Assalamualaikum=)

Wednesday, 17 October 2012

SAYANG ALLAH^__^

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan yang xmengenali diri ini.
Semoga persahabatan kita terbina kerana Allah.InsyaAllah=)

Ana ada something nak tunjuk pada sahabat2.walaupun ianya hanya beberapa keping gambar,tapi bg ana ianya membawa erti yang besar pada ana.Hope sahabat2 punya perasaan yg sama seperti ana^_^




Seharusnya kita bersyukur disaat kita melakukan kesalahan,Allah tegur kita.Walaupun bukan secara  direct,tetapi indirect pun Allah masih tegur kita.Allah jadikan sahabat,kawan ataupun kadang2 kita xkenalpun siapa insan itu sebagai wasilah(alat/jalan) untuk menegur kesalahan kita.

Allah sangat sayang akan hamba-hambanya.Cuma kadang2 kita sahaja yang xperasan.Kita asyik rasa org tu menyibuk je urusan kita.Padahal bukan org tersebut yang menegur kita,tetapi Allah.Betapa Dia xnak kita leka dan lalai.Dia xnak kita lupa akan Dia.MasyaAllah sahabat....sweetnya kasih sayang Allah^_____^.SAYANG ALLAH=)

Ya Allah,jika kami terlalai atau leka,janganlah Engkau biarkan kami terus tenggelam dalam kelalaian kami.Genggamlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu supaya kami terus kekal di dalam JalanMu.Amin....=)

Wallahu'alam=)
Semua yang baik dan buruk itu dtg dari Allah tetapi yang buruk itu disandarkan atas kelemahan dan kekurangan diri ana sendiri sebagai insan yang kerdil.Segala salah dan silap mohon ditegur=)

Assalamualaikum=)

Sunday, 14 October 2012

Perkahwinan^^sweetnye

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum=) buat sahabat2 yang mengenali dan yang xmengenali diri ini.Semoga rahmat hujan yang Allah turunkan di tempat ana ni,sampai kepada antum.InsyaAllah=)

Hari ini,ana ada join satu meeting nh.Sementara tunggu meeting start,ana cakarla fail yang ada depan ana ni.sahabat sebelah ana dah ter eeee,eeee.Ana just cakap biarlah=).hehheheh.

(ni gambar yang muslimin datang meminang muslimat)
.
.
.
.
.
.
 (ni gambar hari perkahwinan mereka)
.
.
.
.
.
(nh ambil kat internet je)
Cube tengok gambarnya,tu yang dia ter eee,eeee.Roomate ana pun kata ngada2.hahaha.
Jawapan ana:Biarlah,dyorg dh kahwin=)
hehehe.Perkahwinan adalah satu wasilah(alat)yang Allah berikan kepada manusia.Perkara yang haram dilakukan sewaktu kita single atau bujang,halal dilakukan kepada orang yang sah selepas kita bernikah dengan cara yang sah.Malah mendapat pahala=)
 
Tapi,jangan salah faham.Orang yang BERTUNANG bukan bermaksud muslimat itu dah menjadi pasangan kita yang sah.Belum lagi.Tapi kita masih boleh berjumpa .Jumpa di dalam rumah muslimat yang ada ibu bapa mereka(atau bakal mertua kita).Nak bawa keluar boleh,tapi kena ada mahram muslimat tersebut bersama.
 
Kan sweet^__^.Islam itu sangat indah.Binalah baitulmuslim.Sebelum bina baitulmuslim,mantapkanlah fhardlmuslim kita dulu supaya kita sama2 dapat menjaga bakal pasangan kita nanti dan juga bakal zuriat2 kita.InsyaAllah=)
 
Wallahu'alam=)
semua yang baik dan yang buruk e2 datang dari Allah tetapi yang buruk e2 disandarkan atas kelemahan diri ana sendiri.Segala salah dan silap mohon ditegur=)
Assalamualaikum=)



 

Friday, 12 October 2012

JOM BERNIAGA!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan yang x mengenali diri ini.Semoga hari ini dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih pada sahabat2 yang sering ada menegur di saat melakukankan kesilapan dan yang sering mengajak ke arah kebaikan.InsyaAllah=)






Dalam seminggu yang lepas,ana ada mengikuti satu kem.Kemnya agak santai tetapi penuh2 dengan input2 yang berguna.Ada juga program yang lasak diaturkan seperti night walking,jungle trekking  dan water obstacle.Bagi analah,aktiviti air yang paling lasak sebab ana xreti berenang=(.asyik tenggelam je.heehehe.Sampai luka kaki ana,tp sikitnya lukanya.Pengalaman nya memang best.

Balik dari kem dalam jam 7 malam.Lepas solat isya',ana ingatkan nak tidur sekejap je sebab nak siapkan assignment kena hantar besoknya.tapi terlelap sampai 12 lebih.Dah kelam kabut sebab assignment x buat lagi(jgn ikut perangai ni budak ni<-----------suka sangat buat kerja last minute)

Tapi bukan nak cerite pasal buat kerja last minute,nak citer pasal bende laen.Sedang2 ana buat kerja,ana on9 fb ana,tapi ana buat kerjalah x neok fb.sebab xde mende pun.Sedang ana buat kerja,ada sahabat ana sorang ni chat ngan ana.Ana pun layanlah sebab kite ni perlu meraikan sahabat kite.TAPI jangan salah faham dengan ayat ini.Jangan pula kata kita boleh meraikan BF/GF.Kalau macam 2,xyah layan.Kalau nak meraikan suami/isteri boleh(dapat pahala=))

Dia ada offer ana something.Dia tunjuklah macam2 gambar.Masa 2 ana x neok sgt gambarnya e2 dan ana sebenarnya xfaham sgt dia ckp apa sebenarnya.Maklumlah,hati masih di assignment yang belum siap2 lagi.Dia offer ana berniaga ada satu product ni.Dia memang tahu ana ni suka berniaga cuma xda peluang dan pengalaman je.Kalau ana idea2 nak buat,semuanya just tinggal idea je.xdilaksanakan =(.Sebab dop reti dan dop tahu nak tanya siapa.Malam 2,ana just beritahu dia yang an fikir dulu.Sebab nak cut conversationnya dari berlanjutan.huhuhu.ABES!KANTOI!!!!maaf ya.

Lepas difikir2 semula,ana nak cuba dan ana mulakanlah prosesnya.Sedar2,byk benda yang ana xtahu.Nak deal ngan customer xtahu,ayat xsemenggah.Bila ada org tanya pasal product ana,menggigil ana takut.Hatta roomate ana cakap 'asal ko ni?'huhu.Sahabat ana nilah tempat ana nak bertanya dan minx pendapat.Dia layan je kerenah ana walaupun kadang2 soalannya macam budak2.
Sekarang ni ana dah mula belajar sikit2 tentang alam perniagaan ni.Best sangat.Sunnah Nabi Muhammad s.a.w=).Jom Berniaga!

Hehehe.Kalau nak tanya pasal produk yang ana jual.Boleh pm ana di http://www.facebook.com/mujahadahsyahirah.abdolrazak.Harga boleh dibincang=)

Wallahu'alam.
Semua yang baik dan yang buruk e2 datang dari Allah cuma yang buruk e2 atas kelemahan diri ana sendiri=)

Assalamualaikum=)

Wednesday, 3 October 2012

Awak Islam ke?

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan xmengenali diri ini.
Semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah supaya terus berada dijalan yang diredhaiNya.InsyaAllah=)

...................................................................Perkongsian.................................................

Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku bukan kebetulan.Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.Begitu juga apa yang berlaku antara dua orang sahabat yang dahulunya terpisah lama kini bertemu kembali.Masing2 kaget,kelu lidah untuk berbicara.Beberapa minit diperlukan untuk hilangkan 'awkward moment'.

Masing2 ketawa kecil cuba menutup 'awkward moment'.

Melur(Bukan nama sebenar):Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Tulip(Bukan nama sebenar):Waalaikumussalam.Sihat?
Melur:Alhamdulillah sihat =).Awak,sihat?
Tulip:Sihat Alhamdulillah.

….......................Kita skip Prolog.Terus klimaks...................................................................................

Tulip:Apa di tangan awak tu?(menunding kertas di tangan melur)
Melur:Oh ni....Ni pamplet PPKI(Persatuan Pelajar Kasih Islam)<------(Bukan nama sebenar)

(Dahi Tulip berkerut.Fikirannya cuba mengingati sesuatu)

Tulip:Bukan ke PPKI ni persatuan yang ada agenda politik?Awak suka politik ke?
Melur:Suka.=D.Sebab politik pun sebahagian dari Islam.Nabi Muhammad s.a.w pun nak bina Negara Islam Madinah berpolitik juga melalui piagam madinah.Politik itu memang sebahagian dari Islam.
Tulip:*angguk2*.
Melur:Saya nak tanya awak.Kenapa sekarang ni ramai yang xsuka organisasi Islam?Katanya mesti ada helah politik.Betul ke?Pendapat awak?

(Tulip cuba menyusun ayatnya)

Tulip:Pada pandangan sayalah,kebanyakan mereka yang join organisasi islam ni memang ada agenda mereka sendiri dalam bidang politik.Tapi xsemua yang macam tu.
Melur:*angguk2*.Tapi................. yang x masuk organisasi islam xde agenda lain?

(Tulip terdiam)

Tulip:Macam nilah saya terus terang.Saya memang xmasuk organisasi Islam sebab saya takut kalau saya masuk organisasi tersebut saya kena jadi baik.Kena cakap elok2.Kena pakai pun yang tutup aurat betul2.Xley couple.
Melur:Awak orang Islam kan?
Tulip:Ya!Saya memang orang Islam.(Tulip mula baran dengan kata2 Melur tadi)
Melur:Kalau awak xnak tutup aurat betul2,nak couple jugak sebelum kahwin.Why you still saying that you're a muslim?Sedangkan bukannya sebab masuk organisasi Islam perlu tutup aurat betul2 n jaga tingkah laku.When we're saying that we're muslims,start from that time we need to follow syariat Islam.

(Tulip terdiam dan dahinya berkerut ketat cuba memikirkan apa yang perlu dibalas)

Tulip:So now you're saying that I should 'murtad'?

(Melur cuba menyusun ayatnya supaya Tulip dapat faham apa yang cuba disampaikannya.Dia sedar yang Tulip dalam keadaan marah)

Melur:Saya minta maaf kalau saya buat awak marah.Tapi kalau awak murtad,naudzubillahiminzalik parents awak marah x?
Tulip:Memanglah.Putus family boleh jadi.takut saya.
Melur:Awak takut parents awak marah tapi x takut Allah murka?Jangan tunggu datang seru kerana seru Allah sudah lama diturunkan melalui Al-Quran.Kita xperlu nak masuk organisasi Islam baru nak belagak macam orang Islam.Kita masuk Islam memang dah kena act like a muslim.
Sekarang ramai yang salah faham berkenaan dengan itu.Saya harap awak faham apa yang cuba saya sampaikan.semoga Allah merahmati awak.

...................................................................................................................................................................

Di dalam penulisan Syahid Sayyid Qutb dalam bukunya Fi Zilalil Quran:

Orang-orang yang mendakwa beriman kepada wahyu yang telah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dan wahyu yang diturunkan kepada rasul-rasul sebelumnya iaitu orang-orang
yang berkata: Kami mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
Muhammad itu Rasulullah, sekalian rasul itu benar, kitab-kitab Allah itu
benar, para malaikat itu benar, hari Akhirat itu benar, qadha’ qadar yang baik
dan yang buruk itu benar mereka yang membuat pengakuan sedemikian jika
masih mempunyai keinginan dan kemahuan untuk berhakimkan kepada
syari’at yang lain daripada syari’at Allah dan sekalipun mereka berhakimkan
syari’at Allah dan sunnah nabi-Nya, tetapi hati mereka tidak bersetuju dan
tidak menerimanya dengan penuh kerelaan, maka perkataan dan pengakuan
mereka tidak diterima dan diambil kira dan mereka tidak termasuk dalam
golongan Mu’minin dan tidak mendapat sifat keimanan, kerana pengakuan
lisan hanya dipakai dan diambil kira jika tidak disertai keinginan dan
kemahuan untuk berhakimkan kepada yang lain dari syariat Allah dan jika
tidak ditemani perasaan tidak redha dan tidak menerima hukum-hukum
Allah dan rasul dalam mana-mana urusan kehidupan.
Sesiapa yang menolak Uluhiyyah Allah,tidak boleh disifatkan sebagai seorang muslim walaupun dia mendakwa dengan lisan tetapi perbuatannya membatalkan dakwaannya iaitu keinginan untuk berhakimkan dengan syariat taghut .


................................................................................................................................................................
Credits to:dua orang akhi ana yang membantu ana menyusun kisah ini supaya tiada timbul salah faham.InsyaAllah=)

Wallahu'alam.
Segala yang baik dan buruk itu datang dari Allah tetapi yang buruk itu disandarkan atas kelemahan dan kekurangan diri ana sendiri sebagai makhluk yang hina lagi dina.Segala salah dan silap mohon dtegur.

Assalamualaikum=)

Wednesday, 26 September 2012

'Greeting day with CEO'

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan x mengenali diri ini.Semoga hati2 kita sentiasa dipeliharaNya.InsyaAllah=)

Ana nak berkongsi satu cerita dengan sahabat.

Dalam satu pejabat yang tenang.Kelihatan semua pekerja sedang sibuk dengan tugas masing2 sempena 'Greeting Day With CEO'.Walaupun Encik Mukhriz tidak pernah bertemu dengan pekerja2nya,tetapi dia selalu memantau gerak kerja pekerja2nya.Dia amat prihatin dengan kebajikan anak2 buahnya.

Dalam kalangan mereka yang sedang sibuk itu,ada seorang pekerja,Nora yang leka bermain 'game'.
Terkejut dengan keadaan rakannya itu,Mai menegur Nora,"Nora,cepatlah siapkan kerja kau.Besok Encik Mukhriz ada dalam majlis tu."Dengan muka yang kurang berperasaan itu,Nora menoleh pada Mia."Dah siaplah kerja aku.Dah lame dah siap."Dia menghulurkan hasil kerjanya pada Mai.

Mai menyelak halaman demi halaman.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Mai:"Nora....simplenye kau buat.Cincai aku tengok.Ko tengoklah balik and baiki apa yang patut.OK?"(senyuman dihulurkan supaya lembut sikit hati rakannya itu=))
Nora:"Okla ni.Buat apa nak buat betul2 sangat.Malaslah.=____="
Mai:"Nora,kita ni dahla x pernah jumpa dia.Tak pernah tengok pun muka dia depan2.Dia bukan  macam CEO-CEO syarikat lain.Kau ingat x dulu yang bila kau buat hal dulu.Kan manager nak pecat kau.Tapi bila sampai ke pengetahuan En.Mukhriz,dia x terus pecat kau kan?Dia yang minx Jabatan kebajikan supaya buat siasatan dulu dan kau diberi peluang untuk tebus balik kesalahan kau.Xkan kerja macam ni yang kau nak tunjuk pada orang yang pernah tolong kau?
Nora:"ala...bukan dia nampak pun aku buat kerja macam mana.Suka hati akula."
Mai:"Ikut kaulah.Aku dah ingatkan."

Keesokannya,Greeting Day With CEO berjalan dengan lancar.
Sebagai penutup majlis semua video rakaman pekerja2 ditayangkan di hadapan semua.
Mereka tidak tahu yang di setiap penjuru malah di komputer mereka diletak mini kemera supaya En Mukhriz boleh memantau perilaku dan kerja anak2 buahnya.

Agak2 sahabat apa reaksi Nora apabila dia melihat video rakamannya?
Nora malu bukan kepalang.Dia tak tahu macam mana nak nyorokkan mukanya.Yang paling menakutkan apabila En Mukhriz pun melihat video itu.Nora takut dia akan dibuang kerja.Dia teringin untuk kembali ke masa lalu,untuk buat kerja betul2.
Tapi apakan daya sahabat.Masa xkan berulang kembali.

Sebenarnya,kehidupan pun begitu juga sahabat.Kita ada CEO yang paling baik iaitu ALLAH.
Dia yang jaga kebajikan kita.Bila kita susah,dia yang selesaikan.Tapi kita sebagai manusia selalu lupa yang Allah sentiasa tolong dan lihat kita.Kelak,kita pun akan ada 'Greeting Day With CEO'(Hari Kiamat).Semua video rakaman sepanjang kita buat kat dunia ni akan ditayangkan semula.Waktu tu,memang xboleh nak minx kat Tuhan nak balik semula ke dunia.Dah xboleh nak tambah amalan kita.dah xboleh nak cantikkan amalan kita.

Sahabat,
Peringatan untuk ana dan sahabat2 juga.sementara Allah bagi kita peluang untuk hidup ini,kita gunakan dengan betul.Bersyukur dengan kurniaanNya dan penuhkanlah bekalan untuk akhirat kelak.

Wallahu'alam.
semua yang baik dan buruk itu dtg dari Allah tetapi yang buruk disandarkan atas kelemahan dan kekurangan saya sendiri sebagai seorang insan yang hina.segala salah dan silap,mohon ditegur.

Assalamualaikum=)

Monday, 24 September 2012

Xnk kawan dengan dia.Dia tu jahat!!!!

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan yang x mengenali diri ini.Semoga hari ini dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih kepada Yang Maha Pencipta dan Rasulullah s.a.w.
Allahummaj'al niyyatana niyyatal mukhlisin.

Sahabat,
Ana pasti mesti ramai yang pernah dengar nasihat  apabila nak jejakkan kaki ke alam persekolahan,asrama,matrikulasi,universiti.Malah apabila kita melangkah ke alam pekerjaan pun,kita at least akan dapat satu nasihat dari ibu bapa ke,penjaga,para pendidik mahupun rakan2.
Tetapi yang paling common ialah "Pilih kawan yang betul2,jangan salah pilih kawan.Masalah nanti kalau salah pilih".Betul x?Ana x tahu lah kalau sahabat2 semua xpernah dapat nasihat yang lebih kurang macam ni.Tapi ana nak cerita gak pasal nasihat yang ni.^_^

Fitrah kejadian manusia itu sendiri suka akan kebaikan.Ilahi dah tetapkan macam itu.Walaupun kita ni jahat macam mana pun,tanpa kita sedar kita suka akan benda yang suci dan baik.Orang melayu punya pepatah "Rambut sama hitam,tapi hati lain2"(dah xley pakai pepatah ni.Org melayu sekarang bukan semua rambut hitam.Semoga kita dipeliharaNYA.InsyaAllah=)) Memang dalam dunia ni,terdapat berbagai jenis manusia.Dalam keluarga kita pun,perangai masing2 lain.Hatta ibu ayah kita nak approach kita pun kena guna different ways.

Tetapi kita jangan duduk dalam kelompok kita sahaja.Yang baik dengan yang baik je...Yang x baik dengan yang x baik.Kalau macam 2 sampai bila yang x baik,nak jadi baik jika yang baik x sudi nak mendampingi yang xbaik.Faham x?Macam berserabut je bace.....-__-'.xpe =).Semoga Allah beri kefahaman kepada sahabat2 tentang apa yang ana nak sampaikan.InsyaAllah=)

Pada pendapat ana,kita yang baik ni,x semestinya akan mati dalam keadaan husnulkhatimah(pengakhiran yang baik),na'uzubillahiminzalik(minx dijauhkan).Dan yang xbaik,xsemestinya akan selama-lamanya jadi xbaik.Tiada siapa akan tahu bagaimana kita pada masa akan datang.Hanya Allah yang mengetahui.Tapi kita sentiasa kena berusaha untuk memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik,bukan membiarkan suasana mengubah kita.

Sahabat....
Kita semua adalah insan....walaupun kita ni jahat,tetapi mesti ada satu 'component' dalam diri kita yang baik,malah cinta akan kebaikan.Dan kita juga ada kelemahan dan kekurangan.Allah ciptakan setiap manusia berbeza-beza,supaya kita saling melengkapi satu sama lain sebagai hambaNya.Bukannya,bila kita nak kahwin je kita saling melengkapi antara suami isteri.Memang betul.Ana x nafikan.Tetapi dalam kita bersahabat pun,kita sebenarnya saling melengkapi.Apa yang kita kurang kawan kita tutup kekurangan kita melalui tegurannya.Dan begitu juga sebaliknya.

So,
Tugas siapa yang perlu bantu ubah mereka yang x baik kepada baik?
Dan tugas siapa yang perlu bantu mereka yang baik terus kekal menjadi baik?
JAWAPANNYA:^___^kita

Surah Ali 'Imran,Ayat 110
Maksudnnya:Kamu(umat islam)adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu)menyuruh berbuat yang makruf(kebaikan),dan mencegah dari yang mungkar(keburukan),dan beriman kepada Allah........

Kita dekatilah mereka yang jahil tentang ilmu agama supaya kita dapat membantu mereka.Dan dalam masa yang sama kita juga perlu menimba ilmu dari para ustaz,ustazah dan ulama' supaya kita juga dapat men'topup' ilmu agama.

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Jangan sesekali kita bongkak dengan ilmu yang kita ada.Lahirkanlah rasa rendah diri kerana ilmu itu milik Allah dan DIA bila2 masa sahaja boleh tarik ilmu itu dari kita.

Wallahu'alam,
Segala yang baik dan buruk itu datang dari Allah tetapi yang buruk itu adalah asbab kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri sebagai insan yang hina.Jika ada salah dan silap,mohon ditegur=)

Assalamualaikum.




Saturday, 22 September 2012

Susahnye nak Ikhlaskan Hati=(

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan yang x mengenali diri ini.
Semoga hanya melalui penulisan blog ini,ukhuwah antara kita akan terbentuk tanpa kita sedari InsyaAllah=) if niat kita lillahita'ala.

Hari ini ana nak kongsi tentang IKHLAS....
Apa itu ikhlas?Ikhlas itu adalah satu perasaan yang timbul dari hati seorang insan tatkala dia melakukan sesuatu.Bagaimana kita nak tahu yang kita nh ikhlas????

Ada antara sahabat yang tahu?
Ana hadapi banyak masalah dalam nak mengenal pasti sama ada ana ikhlas atau tidak.
Sangat merungsingkan ana tatkala ana nak melakukan sesuatu.Benda yang nak kita lakukan benda yang baik,tapi xdatang dari hati kita,datangnya dari hati sahabat kita.Kadang2 kita join,tapi kita confius kita nh ikut kawan ke kita ikhlas...
Macam mane nh sahabat?

Tatkala ana hadapi masalah begitu,ana zahirkan niat lillahita'ala.zahirkan sehingga telinga ana sendiri boleh mendengarnya.Kalau ana takut2 juga yang ana x ikhlas.Ana ulang niat ana beberapa kali sebab ana takut niat ana lari,bkn kerana Allah tetapi kerana kawan.Susah sahabat....kalau kita nh buat sesuatu benda bkn kerana Allah.Kita x dpt ape2.Tetapi kalau kita niat kerana Allah(ape2 benda yg baik even pun nak iron baju) kita akan dapat pahala ibadah.Kan sweet tu=).

Kadang2 takut quran kita bace byk2, tapi kalau x niat kerana Allah,xdikira ibadah.sedih ya rabbi=(.
Kita nak bawa ape jumpe Allah kelak.Kosong!!!Kita nak cakap apa kelak kat Rasulullah...
Kita nak cakap yang kita dah solat byk dh,sampai yg sunat2 pun kita dah solat.Quran kita dah bape kali khatam Rasulullah...Betul!!!Kita x tipu.Tapi bila kita lihat timbang amalan kita,ciput je...Nauzubillahiminzalik.

Apa nak buat sahabat,ZAHIR nampak kita SOLAT,ZAHIR nampak kita bace al-quran sampai hilang suara...tapi kita lupa nak niat KERANA ALLAH kita beribadah.Kan sayang sahabat.Seribu kali sayang.Dalam solat kita fikir tutor xsiap lagi.Tengah2 bace quran kita bayang cite TV.Minx dijauhkan sahabat.Same2 kita bermuhasabah dan same2 kita lihat balik ibadah kita dan niatkan apa2 yang kita lakukan kerana Allah.InsyaAllah kelak,kita ada benda nak tunjuk kat Allah dan RasulNYA yang kita nh hambaNYA dan pengikutNYA.

DOA....
Allahummaj'al niyyatana niyyatal mukhlasin.
Maksudnya:Ya Allah,jadikanlah niatku,niat org2 yang ikhlas.(credits to my sister whom going overseas this october ^_^)

Wallahu'alam
Apa yang baik itu datang dari Allah serta yang buruk juga datang dari Allah
tetapi disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri sebagai seorang insan.Apa2 kesilapan,kesalahan dan kekurangan mohon ditegur.

Assalamualaikum=)
http://catatanhati.blogsome.com/2003/02/19/tanda-tanda-ikhlas-seorang-hamba/

Tuesday, 18 September 2012

CINTA SEORANG TEMAN HIDUP

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan x mengenali diri ini.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam,InsyaAllah=).

CINTA SEORG TEMAN HIDUP....

Cinta(BM),Love(BI),Sarang(KOREA),Hubbun(ARABIC)
adalah satu perkataan yang lahirnya dari hati,yang memberi makna yang mendalam kepada diri seseorang.Kalau bak kata KRU,jarang disebut,jarang didengar.Tapi Mat Lutfi kata apa yang jarang disebut,jarang didengar?
Dulu bolehlah perkataan ni jarang disebut,jarang didengar.sebab org2 dulu sebut pada orang yang berhak sahaja.Tapi kita sekarang main bantai je sebut,kadang2 x lahir langsung dari hati.
Tetapi kita x boleh nak judge seseorang berdasarkan muka dia yang xde perasaan.Sebab soal hati tiada siapa yang tahu kecuali ALLAH.DIA yang paling dekat dengan kita.Lagi dekat dari diri kita sendiri.
Tetapi tanpa kita sedar,perkataan cinta akhir zaman ni dah jadi meaningless.Why???
Jom sama2 kita fikirkan...

Ana nak kongsi sedikit perihal seorang sahabat.
Dia ada seorang teman hidup.Dan dia cinta bangat teman hidup dia.Sampaikan hari2 dia nak bawak ke huhu ke hilir teman hidup dia ni.Sehinggakan sekarang ni dia ada masalah yang ana xboleh nak bayangkan macam mana dia nak hadapi pun,dia still nak juga bawa teman hidup dia ni.Dan ana respect sangat dengan dia kerana cinta dia x pudar2 walaupun ada dugaan menghalang percintaan mereka.Dia ckp dia boleh cari makan kalau dia xde makanan,dia boleh tidur kat mane2 kalau dia xde tempat tinggal tapi dia xboleh nak ganti yang lain kalau teman hidup dia xde.

HEBATNYA cinta dia ni sahabat....
HEBAT sangat ke teman hidup dia,sampai x nak cari yang lain?
APA ada pada teman hidup dia?
LAWA sangat ke teman hidup dia?
HENSEM sangat ke?
APA yang teman hidup dia boleh bagi?

Hebat sahabat,memang hebat.
SIAPA teman hidup dia ni????
AL-QURAN sahabat,AL-QURAN.
Al-quran ada semua.lengkap!!!!!kita je kena belajar dan kaji dengan ulama'
Lawa memang lawa,malah menjadikan kita insan yang lawa dan hensem luar dan dalam.
Kalau x di mata manusia,dlm pandangan Allah kita lawa sangat.
Cuma kita jer mengharapkan lawa di mata manusia tapi dalam pandangan Allah,kita x pernah fikir macam mane nak lawa.
Al-quran boleh bagi kita macam2 juz kita kena belajar darinya sahaja.
Cari guru yang sahih untuk mengajar kita.

Kita sebelum nak cari pasangan hidup yang nak dampingi kita kelak,kita kena dulu damping Al-quran.
Belajar apa yang patut.Tambahkan ilmu kita.Pembelajaran sepanjang hayat.Kita xkan pernah berhenti belajar kerana ilmu Allah itu sangat luas dan xkan pernah habis.Janganlah kita jemu untuk menuntut ilmu lebih2 lagi ilmu agama,ilmu yang kita nak bawa sebagai bekalan untuk menghadapi hari pembalasan kelak.

Wallahu'alam
semua yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk juga datang dari Allah
tetapi yang buruk itu disandarkan atas kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri sebagai insan.
segala kesilapan dan kesalahan mohon ditegur.
Assalamualaikum

Surat dari seorg sahabat

Bismilahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan x mengenali diri ini....

semoga Allah memelihara niat ini utk menggunakan blog ini sbg alat utk berkongsi ilmu
Amen...

Ana ada story nak beritahu sahabat2,semoga kita same2 ambil ibrah dari story nh.

Permulaan cerita,
Ana ada seorg sahabat yang sgt baik dan ana bangga ada sahabat sepertinya.

Klimaks cerita,
Ana dan sahabat ana bertukar surat.Apa yang ana xdpt nak beritahu dia face 2 face,ana tulis dalam surat 2 & vice versa lah...malas nak tulis pepanjang(pemalas juga ana ni.JGN TIRU AKSI INI=))
Mostly dlm surat tersebut adalah teguran dan ada la sikit pujian.Tapi yg ana nak kongsi ialah teguran dari seorg sahabat.Dia tulis,ana ni cepat sangat bersangka buruk(dlm bahasa arabnya 'suudzon.sambil menghayati,kita belajar bahasa arab sikit=)).Betul3x.Ana memang sangat cepat sangka buruk dan lagi satu ana nh cepat naik angin(tapi dia x tulis yg nh).Tapi,bila ana start naik angin,ana x fikir dahulu sebelum nak marah org lain.tapi bila dah lepaskan kemarahan 2,mulalah malu sendiri(Padan muka ana).Yang kedua,dia tulis ana nh terlalu byk 'ikram' sahabat.Yang ana faham maksud dia ialah(kalau salah tolong betulkan)...ana ni suka tolong sahabat,sampai ana xperasan yang ana sebenarnya dah ambil alih tugas sahabat tersebut.

Bayangan silam,
Bila ingat2 balik,baru ana sedar betullah apa yang sahabat ana tulis.Astargfirullahal'azim...
Ana ni sebenarnya telah membantu sahabat ana mengabaikan tanggungjawab dia tanpa ana sedari.Bila ingat balik,rasa teruk sangat diri ni.

Sambungan cerita,
Yang ketiga,dia kata ana ni lemah dalam nak beritahu pendapat ana sendiri.THUMBS UP!!!
Ni xpayah nak bayangan silam sangatlah.*angguk2*.Ni memang ana setuju sangat.Ana ni memang ada masalah dalam nak bercakap soal pendapat ni.Tapi kalo dalam bab nak marah org,sekejap je.xpayah nak suruh2.UBAH2!!!

Reflex penceritaan,
Beruntunglah bagi sesiapa yang mempunyai kawan2 atau sahabat2 yang sudi menegur kelemahan dan kekurangan kita bukan yang sudi mengumpat kelemahan kita.So,sekarang bila dah ada orang yang menegur,tugas kita yang tahu perangai sebenar kita ini,ialah berubah ke arah yang lebih baik.JOM BERUBAH!!=).Belum terlambat lagi untuk kita berubah.Allah bagi kita keupayaan untuk kita bernafas kerana DIA mahu bagi kita peluang untuk berubah.
Bersyukurlah.

Wallahu'alam,
apa yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk juga datang dari Allah tapi disandarkan atas kelemahan diri ana sendiri sebagai seorg insan yang lemah.Jika ada salah dan silap,mohon ditegur.
Assalamualaikum=)

salam ukhuwah

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum buat shbt2 yg mengenali dan x mengenali diri ini...

sbnrnye,dah lame dah buat blog nh,tapi x pernah2 post.
tapi ana dah tulis bahan untuk post di blog ini...
Alhamdulillah Allah bagi ana kesempatan nak berkongsi dengan semua sahabat.
Kalau ada apa2 yang ana tulis dan sampaikan yang tersalah fakta atau pun lain dari pendapat sahabat2 semua ataupun mengguris hati sahabat2 sekalian,jgn segan silu untuk menegur kesilapan ana.InsyaAllah ana akan dengar apa sahaja yang sahabat2 nak sampaikan dan betulkan apa yang ana salah.

Okay,ana ni suka bermadah sikit...tapi x ramai yg tahu.cuma yang betul2 rapat dgn ana sahaje yang tahu.
Ana nak kongsi something ni...
madah nh ana tulis bila tulis apabila ana mula sedar kesilapan yg ana lakukan tanpa ana sedari
SILA BACA & HAYATI =)

JIKA KITA sibuk mengata kesalahan orang lain,
KITA AKAN lupa untuk mengata kesalahan diri.
JIKA KITA sibuk pandang keburukan org lain,
KITA AKAN lupa untuk pandang keburukan diri.
JIKA KITA sibuk lihat apa yang org lain ada,
KITA AKAN lupa lihat apa yang kita ada.
JIKA KITA sibuk mengimpikan apa yang org lain ada,
KITA AKAN lupa bersyukur dgn apa yang kta ada.
JIKA KITA sibuk pandang aurat org lain,
KITA AKAN lupa untuk tutup aurat sendiri.

TETAPI.....

JIKA KITA pandang kesalahan org lain
SEBAGAI ibrah yang perlu kita ambil,
JIKA KITA pandang keburukan org lain
SEBAGAI alat untuk bermuhasabah diri,
JIKA KITA lihat apa yang org lain ada
SEBAGAI cara untuk bertambah syukur,
JIKA KITA mengimpikan apa yang org lain ada
SEBAGAI motivasi untuk kita lebih berjaya,
JIKA KITA pandang aurat org lain
SEBAGAI peringatan untuk diri kita

MAKA InsyaAllah kita akan lebih memelihara diri kita

sahabat,dlm kita xsedar,kita byk berckp buruk tentang org lain tetapi lupa untuk memandang diri kita sendiri.seharusnya,dlm kita memandang org lain,dlm masa yg sama kita perlu memperbaiki diri kita sendiri supaya menjadi mukmin yang lebih bertaqwa.
 Tetapi jgn kita pentingkan diri sendiri.Dlm kita membetulkan diri sendiri,kita juga perlulah membantu org di sekeliling kita ke arah kebaikan.Sama2lah kita sebarkan agama Allah & belajar dlm masa yg sama.JGn berhenti mencari ilmu Allah...kerana ilmuNYA xkan pernah habis

Wallahu'alam,
apa yang baik itu dtg dari Allah dan buruk itu juga dtg dari Allah tapi disandarkan kepada kelemahan diri saya sendiri sbg seorg insan.Jikalau ada salah dan silap mohon ditegur.
Assalamualaikum.