Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan x mengenali diri ini.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam,InsyaAllah=).
CINTA SEORG TEMAN HIDUP....
Cinta(BM),Love(BI),Sarang(KOREA),Hubbun(ARABIC)
adalah satu perkataan yang lahirnya dari hati,yang memberi makna yang mendalam kepada diri seseorang.Kalau bak kata KRU,jarang disebut,jarang didengar.Tapi Mat Lutfi kata apa yang jarang disebut,jarang didengar?
Dulu bolehlah perkataan ni jarang disebut,jarang didengar.sebab org2 dulu sebut pada orang yang berhak sahaja.Tapi kita sekarang main bantai je sebut,kadang2 x lahir langsung dari hati.
Tetapi kita x boleh nak judge seseorang berdasarkan muka dia yang xde perasaan.Sebab soal hati tiada siapa yang tahu kecuali ALLAH.DIA yang paling dekat dengan kita.Lagi dekat dari diri kita sendiri.
Tetapi tanpa kita sedar,perkataan cinta akhir zaman ni dah jadi meaningless.Why???
Jom sama2 kita fikirkan...
Ana nak kongsi sedikit perihal seorang sahabat.
Dia ada seorang teman hidup.Dan dia cinta bangat teman hidup dia.Sampaikan hari2 dia nak bawak ke huhu ke hilir teman hidup dia ni.Sehinggakan sekarang ni dia ada masalah yang ana xboleh nak bayangkan macam mana dia nak hadapi pun,dia still nak juga bawa teman hidup dia ni.Dan ana respect sangat dengan dia kerana cinta dia x pudar2 walaupun ada dugaan menghalang percintaan mereka.Dia ckp dia boleh cari makan kalau dia xde makanan,dia boleh tidur kat mane2 kalau dia xde tempat tinggal tapi dia xboleh nak ganti yang lain kalau teman hidup dia xde.
HEBATNYA cinta dia ni sahabat....
HEBAT sangat ke teman hidup dia,sampai x nak cari yang lain?
APA ada pada teman hidup dia?
LAWA sangat ke teman hidup dia?
HENSEM sangat ke?
APA yang teman hidup dia boleh bagi?
Hebat sahabat,memang hebat.
SIAPA teman hidup dia ni????
AL-QURAN sahabat,AL-QURAN.
Al-quran ada semua.lengkap!!!!!kita je kena belajar dan kaji dengan ulama'
Lawa memang lawa,malah menjadikan kita insan yang lawa dan hensem luar dan dalam.
Kalau x di mata manusia,dlm pandangan Allah kita lawa sangat.
Cuma kita jer mengharapkan lawa di mata manusia tapi dalam pandangan Allah,kita x pernah fikir macam mane nak lawa.
Al-quran boleh bagi kita macam2 juz kita kena belajar darinya sahaja.
Cari guru yang sahih untuk mengajar kita.
Kita sebelum nak cari pasangan hidup yang nak dampingi kita kelak,kita kena dulu damping Al-quran.
Belajar apa yang patut.Tambahkan ilmu kita.Pembelajaran sepanjang hayat.Kita xkan pernah berhenti belajar kerana ilmu Allah itu sangat luas dan xkan pernah habis.Janganlah kita jemu untuk menuntut ilmu lebih2 lagi ilmu agama,ilmu yang kita nak bawa sebagai bekalan untuk menghadapi hari pembalasan kelak.
Wallahu'alam
semua yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk juga datang dari Allah
tetapi yang buruk itu disandarkan atas kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri sebagai insan.
segala kesilapan dan kesalahan mohon ditegur.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment