Monday, 24 September 2012

Xnk kawan dengan dia.Dia tu jahat!!!!

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan yang x mengenali diri ini.Semoga hari ini dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih kepada Yang Maha Pencipta dan Rasulullah s.a.w.
Allahummaj'al niyyatana niyyatal mukhlisin.

Sahabat,
Ana pasti mesti ramai yang pernah dengar nasihat  apabila nak jejakkan kaki ke alam persekolahan,asrama,matrikulasi,universiti.Malah apabila kita melangkah ke alam pekerjaan pun,kita at least akan dapat satu nasihat dari ibu bapa ke,penjaga,para pendidik mahupun rakan2.
Tetapi yang paling common ialah "Pilih kawan yang betul2,jangan salah pilih kawan.Masalah nanti kalau salah pilih".Betul x?Ana x tahu lah kalau sahabat2 semua xpernah dapat nasihat yang lebih kurang macam ni.Tapi ana nak cerita gak pasal nasihat yang ni.^_^

Fitrah kejadian manusia itu sendiri suka akan kebaikan.Ilahi dah tetapkan macam itu.Walaupun kita ni jahat macam mana pun,tanpa kita sedar kita suka akan benda yang suci dan baik.Orang melayu punya pepatah "Rambut sama hitam,tapi hati lain2"(dah xley pakai pepatah ni.Org melayu sekarang bukan semua rambut hitam.Semoga kita dipeliharaNYA.InsyaAllah=)) Memang dalam dunia ni,terdapat berbagai jenis manusia.Dalam keluarga kita pun,perangai masing2 lain.Hatta ibu ayah kita nak approach kita pun kena guna different ways.

Tetapi kita jangan duduk dalam kelompok kita sahaja.Yang baik dengan yang baik je...Yang x baik dengan yang x baik.Kalau macam 2 sampai bila yang x baik,nak jadi baik jika yang baik x sudi nak mendampingi yang xbaik.Faham x?Macam berserabut je bace.....-__-'.xpe =).Semoga Allah beri kefahaman kepada sahabat2 tentang apa yang ana nak sampaikan.InsyaAllah=)

Pada pendapat ana,kita yang baik ni,x semestinya akan mati dalam keadaan husnulkhatimah(pengakhiran yang baik),na'uzubillahiminzalik(minx dijauhkan).Dan yang xbaik,xsemestinya akan selama-lamanya jadi xbaik.Tiada siapa akan tahu bagaimana kita pada masa akan datang.Hanya Allah yang mengetahui.Tapi kita sentiasa kena berusaha untuk memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik,bukan membiarkan suasana mengubah kita.

Sahabat....
Kita semua adalah insan....walaupun kita ni jahat,tetapi mesti ada satu 'component' dalam diri kita yang baik,malah cinta akan kebaikan.Dan kita juga ada kelemahan dan kekurangan.Allah ciptakan setiap manusia berbeza-beza,supaya kita saling melengkapi satu sama lain sebagai hambaNya.Bukannya,bila kita nak kahwin je kita saling melengkapi antara suami isteri.Memang betul.Ana x nafikan.Tetapi dalam kita bersahabat pun,kita sebenarnya saling melengkapi.Apa yang kita kurang kawan kita tutup kekurangan kita melalui tegurannya.Dan begitu juga sebaliknya.

So,
Tugas siapa yang perlu bantu ubah mereka yang x baik kepada baik?
Dan tugas siapa yang perlu bantu mereka yang baik terus kekal menjadi baik?
JAWAPANNYA:^___^kita

Surah Ali 'Imran,Ayat 110
Maksudnnya:Kamu(umat islam)adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu)menyuruh berbuat yang makruf(kebaikan),dan mencegah dari yang mungkar(keburukan),dan beriman kepada Allah........

Kita dekatilah mereka yang jahil tentang ilmu agama supaya kita dapat membantu mereka.Dan dalam masa yang sama kita juga perlu menimba ilmu dari para ustaz,ustazah dan ulama' supaya kita juga dapat men'topup' ilmu agama.

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,
Jangan sesekali kita bongkak dengan ilmu yang kita ada.Lahirkanlah rasa rendah diri kerana ilmu itu milik Allah dan DIA bila2 masa sahaja boleh tarik ilmu itu dari kita.

Wallahu'alam,
Segala yang baik dan buruk itu datang dari Allah tetapi yang buruk itu adalah asbab kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri sebagai insan yang hina.Jika ada salah dan silap,mohon ditegur=)

Assalamualaikum.




2 comments: