Wednesday, 7 November 2012

Aku kebingungan =_+"

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan yang tidak mengenali diri ini.
Percayalah Islam adalah cara hidup yang sempurna =)


Alhamdulillah ana baru lepas test petang tadi.Doakan result ana dan kawan2 ana mantap ^_^.
Minggu ni banyak kerja sikit sebab tu xdapat nak share something ngan sahabat2.Maafkan ana.
Hari ini ana nak share perihal satu isu yang roomate ana kongsikan pada ana.Roomate ana maklumkan pada ana,ada segelintir daripada kita yang tak berapa nak terima apa yang disampaikan oleh ustaz seperti Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Akhil Hayy.Katanya kerana dahulu Ustaz Don dan Ustaz Akhil Hayy dahulu teruk(Wallahu'alam) dan apabila dah berhijrah mereka belum cukup ilmu dan pengalaman lagi dah nak ubah itu dan ini.Itulah isu yang roomate ana kongsikan.
          Waktu tu,ana bingung sangat.Ana xtahu nak jawab apa dan ana xreti nak jawab walaupun hati ana memberontak.Fikir2,ana buat keputusan nak minx pendapat professor ana yang ajar ana TITAS(Tamadun Islam dan Tamadun Asia).Lepas habis kelas beliau,ana berjumpa dan tanya personal dengan dia.Beliau kata beliau akan kongsikan pada kelas akan datang.Ana tunggu2 jawapan dari beliau.
           Alhamdulillah,semalam beliau share something yang ana xterfikir jawapannya.Jawapannya simple sahaja.Dahulu Umar Bin Al-Khatab pun jahil tetapi lepas dia berhijrah(menganut Islam) dia  sampaikan banyak benda.Daripada jawapan prof,terbuka fikiran ana untuk berfikir sejenak.
          Semua manusia ni pernah buat salah kecuali Nabi sahaja yang Allah ciptakan ma'sum.Tanpa kita sedar,kita yang banyak buat dosa ni,orang lain xtahu pun apa yang kita buat.Ianya menjadi rahsia Allah dan kita.Kenapa ye sahabat?Pernah terfikir x,kenapa salah kita pada Allah yang banyak ni,orang mostly xtahu?Teringat ana, kata2 Ustaz Asri(Ustaz masa di Matrik),katanya"ustaz ni.... banyak buat salah dahulu tapi awak semua x tahu,Ustaz2 lain pun banyak buat salah dahulu tapi kita xtahu.Allah tutup aib kita semua.Kita sahaja yang buka aib kita sendiri."
          Kenapa kita banyak buat dosa pada Allah,Allah tolong tutup aib kita?Kalau manusia,kita buat salah pada mereka,mostly mereka akan buka aib kita.Sahabat2....betapa Allah cinta akan hambaNya.Kita buat salah pada Dia pun,Dia sudi tutup aib kita.Kita je yang suka sangat buka aib sendiri dan aib orang lain.Kadang2 xsedar,dalam sedang membuka aib orang lain,terbuka aib sendiri(naudzubillahiminzalik)
          Dalam nak sampaikan sesuatu perkara yang baik jangan ditunggu-tunggu.Sampai bila kita nak tunggu orang yang xpernah buat salah sampaikan something benefit pada kita???Orang yang xpernah buat salah hanya Nabi sahaja,dan baginda sudah lama meninggalkan kita.Tapi baginda tidak tinggalkan kita terkontang-kanting,baginda tinggalkan untuk kita Al-quran dan sunnah baginda.Rujuk itu semula sahabat(reminder untuk diri ana juga).
          
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ « بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً ، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِى إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار »
Terjemahan: Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban).
          Satu kisah seekor burung yang kecil yang bersusah-payah mengambil air untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim.Lalu ada seekor haiwan(xingat haiwan apa,tapi saiznya lagi besar berbanding dengan burung tersebut) yang melihat tingkahlaku burung tersebut berkata,"wahai burung,kenapa engkau perlu bersusah payah memadamkan api yang marak membara membakar Ibrahim sedangkan engkau kecil sahaja.Tidak akan terpadam api tersebut dengan usaha engkau itu."Si Burung menjawab,"Supaya di akhirat kelak aku dapat menjawab di hadapan Tuhan bahawa aku telah berusaha membantu memadamkan api yang membakar Ibrahim".Sahabat yang dirahmati Allah sekalian,Allah tidak melihat sesuatu itu berdasarkan hasilnya,berjaya atau tidak,tetapi berdasarkan usaha yang kita lakukan.
           Tafsir surah As-Saffat yang disampaikan oleh Dr.Haji Ustaz Zahazan Mohamed di IKIM FM pagi tadi(7 Nov):Di Akhirat kelak,ada nabi yang hanya ada satu sahaja pengikutnya,ada yang ada sekumpulan sahaja pengikutnya,ada yang tiada pengikut langsung.Jangan dilihat berdasarkan berapa ramai sokongannya tetapi lihat apa yang disampaikannya.Allah tidak melihat sesuatu itu berdasarkan hasilnya,berjaya atau tidak,tetapi berdasarkan usaha yang kita lakukan.

Wallahu'alam=)
Semua yang baik dan buruk itu datang dari Allah tetapi yang buruk itu atas kelemahan diri ana sendiri sebagai insan yang lemah.Segala kesalahan dan kesilapan mohon ditegur dan dibetulkan.
Assalamualaikum=)

8 comments:

  1. Whoa sudah menjadi blogger sekarang? btw cukup menarik blog anda ini,banyak input~

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih emir.just sharing the good thing

      Delete
  2. yup.benar.. Kita terlupa, siapakah Umar Al Khattab, Abu Sufiyan, Ikramah bin Abu Jahal sebelum menerima hidayah Allah SWT. Hari ini begitu ringan lidah dan jari kita mengutuk dan menghukum org lain yg pada anggapan kita teman syaitan dan jahil. Hidayah milik Allah, bersyukurlah Allah pilih sesiapa yg dikehendaki-Nya kerana Dia juga bebas menarik balik hidayah yang diberikan- Nya...renungan bersama..

    ReplyDelete
  3. AKU juga seperti insan yang diceritakan dalam kisah di atas. Semoga TUHAN menungguku di penghujung usia nanti~

    ReplyDelete