Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan yang
xmengenali diri ini.Semoga setiap nikmat hembusan nafas yang Allah berikan
kepada kita,kita sertai dengan rasa syukur kepada Allah.Alhamdulillah=).Terima
Kasih Ya Allah kerana beri kami peluang untuk berada di bumiMu untuk terus
bersujud padaMu.
Akhir2
ini ana dikejutkan dengan satu berita kematian seorang sahabat ana,Siti Hajar
Binti Ahmad Sabir.Innalillahiwainnailaihiraji’un.Semoga ditempatkan dalam
kalangan mereka yang beriman.Amin….
Almarhumah
bersama tiga orang lagi sahabat telah terlibat dalam satu kemalangan di dalam
kawasan Masjid Tanah.Almarhumah telah terlantar di hospital lebih kurang 2
minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pagi 20hb Januari 2013.Betapa
sebaknya hati ana apabila hajat ana untuk bertemu dengan Almarhumah selepas
program yang ana ikuti xkesampaian.
Pada
mulanya ana xdapat nak menerima pemergian Almarhumah,bagaikan orang gila ana
menjerit nak berjumpa dengan Almarhumah.Puas orang disekeliling ana tenangkan
ana,suruh ana Istighfar dan lepaskan dia pergi.Ana masih sebak juga.Sehingga
ada seorang sahabat ana beritahu ana,Almarhumah telah terlantar di hospital
selama lebih kurang 2 minggu.Almarhumah telah merasai pelbagai kesakitan
sepanjang di katil hospital.Sambung sahabat ana lagi,semua yang berlaku,rasa
sakit hajar,rasa derita hajar sepanjang 2 minggu itu adalah kifarah dosa buat
hajar.Allah telah menghapuskan dosa-dosa hajar dengan memberikan rasa sakit
pada hajar sebelum Dia menjemput Hajar bertemu denganNya.Redhakanlah dengan
pemergian dia.InsyaAllah,kita akan bertemu juga di Syurga Allah kelak.
Alhamdulillah
proses pengebumian jenazah Almarhumah berjalan dengan mudah dan lancar.Kematian
tidak mengenal usia.Bila2 masa Allah boleh menjemput kita sama ada kita
bersedia atau tidak.
Macam mana ni?Layakkah kita duduk di bumi Allah ini?Layakkah kita menghirup udara ini? Layakkah kita merasai nikmat yang Allah beri?Apa yang telah kita buat untuk membalas nikmat yang diberikan kepada kita?Cukupkah dengan apa yang kita lakukan?
Ya Allah,kami menadah tangan padaMu.Banyak nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami.Sama ada kami sedar atau tak sedar.Tapi kami selalu alpa sedangkan Engkau tak pernah lupakan kami.Kami tidak tahu bila Engkau akan menjemput kami.Kami tidak tahu di mana pengakhiran kami.Ya Allah, dengan masa kehidupan yang Engkau berikan kepada kami ini Ya Allah,Engkau jadikanlah kami dalam kalangan mereka yang turut berusaha berjuang menegakkan agamaMu Ya Allah.Jauhkan kami dari menjadi orang yang menjual agama untuk kepentingan diri.Na'udzubillahiminzalik.amin...
Wallahu'alam=)
Semua yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah tetapi yang buruk itu disandarkan atas kelemahan dan kekurangan diri ana sendiri sebagai insan yang hina ini.Jika ada salah dan silap mohon ditegur dan dibetulkan.
Assalamualaikum=)


semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. sabar ea shahira..doakan yang terbaik utk arwah =)
ReplyDeleteamin....
Deletedia tunggu kite di syurga :)
ReplyDelete