Wednesday, 2 January 2013

Kenapa Kau bagi Aku??

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yg mengenali dan yang x mengenali diri ini.Semua kasih sayang Allah merahmati hari2 kita.InsyaAllah=).Amin.

Lama x dengar khabar mujahadahkan?Manalah dia menghilang....



Alkisah seorang insan yang lalai dalam kehidupan hariannya.Suatu ketika dia termenung memandang langit.

Senario yang terlakar dalam diari hidupnya bertukar silih berganti bagaikan adegan televisyen.Bermula dari kecil sampailah dewasa.Perkara baik dan buruk yang pernah dilakukan diimbas kembali.
                Lantas kelopak matanya bergenang dengan butiran jernih,lalu insan tersebut menjerit menghadap langit.
TUHAAAAAAAN!!!!Aku tahu aku tak layak terima cinta Kau.Aku banyak buat dosa kat Kau.Tapi kenapa Kau tetap nak bantu aku????Kenapa Kau tak biar aku sendiri je????Kenapa Kau tak biar aku mati je?
                Air matanya deras mengalir.Terasa hiba dan malu pada Tuhan yang selalu ingatkan di saat dia terleka.
Aku buat salah pada Kau.Banyak sangat!!Kenapa kau tak pernah lupakan Aku padahal Aku selalu lupakan Kau???Aku malu nak sujud pada Kau.Aku malu nak pohon apa2 dari Kau.Tuhan.....dengan segala RahmatMu ,kasih sayangMu,Kau genggam eratlah hatiku ini supaya terus mengingatiMu.Walaupun aku xlayak nak mintak apa2 setelah apa yang aku dah buat,tapi hanya dariMu sahajalah yang layak hambaMu yang hina lagi dina ini meminta dan mengharap.


Andai hidup ini perlukan hanya seorang manusia,
Sungguh mudah untuk aku tersungkur,
Andai hidup ini perlukan lebih dari seorang manusia,
Terjaminkah bahawa aku tidak akan tersungkur?

 Kadang-kadang tertanya-tanya,
Kenapa perlukan ramai manusia?
Hati masih tertanya-tanya,
Apa sebenarnya tugas aku sebagai manusia?

Adakah aku dalam kalangan yang akan tersungkur?
Atau.....
Aku yang menyungkurkan orang lain?

Adakah aku dalam kalangan yang membantu?
Atau......
Aku hanya dalam kalangan yang melihat?

Faham x ayat puitis di atas ni?Apa maksud tersungkur?Dalam ayat diatas 'tersungkur' membawa maksud lebih kurang terjelepuk,terjatuh dalam konteks manusia yang sering lalai dan leka.

Ana pasti semua sahabat pernah merasai berada dalam keadaan tersungkur.Walaupun keadaan orang itu tersungkur berbeza-beza keadaannya.Sungguh indah jika di saat kita tersungkur,ada yang papah kita bukannya tertawakan kita.Indah juga jika kita yang papah orang tersungkur bukannya tertawakannya.

Sahabat2,ana rindukan antum semua=).Terlalu rindu.Salam Mahabbah.

Wallahu'alam=)
Segala yang baik dan buruk itu datang dari Allah tetapi yang buruk itu disandarkan atas kelemahan diri ana sendiri sebagai insan yang sering lalai dan leka.Segala salah dan silap mohon ditegur dan dibetulkan
Assalamualaikum=)

3 comments:

  1. salam alaik..
    rindu jugak kat shera..
    kadang2 kte kne lebih berani fkir untuk masa hadapan.. berjuang itu membalas kasih sayang allah ^_^

    ReplyDelete
  2. berjuang untuk membalas kasih sayang Allah. :)

    ReplyDelete