Monday, 4 February 2013

Aku kecewa =(

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan x mengenali diri ini.Semoga hati2 kita dipegang dan dipelihara yang Maha Pencipta Hati2 ini supaya tidak jauh dari cinta Yang Maha Mencinta.

KECEWA....

               Berbicara soal kecewa,banyak isu yang boleh diketengahkan.Masing2 pernah merasai kekecewaan.Yang membezakan kita hanyalah cara kita menghadapi kekecewaan tersebut.Sama ada kita berjaya mengatasi kekecewaan atau kita terbawa-bawa dengan kekecewaan tersebut.Subhanallah...jangan sesekali kita terbawa-bawa dengan kekecewaan sampai kita jatuh.Ada satu ungkapan yang ana percaya sahabat2 pernah dengar,yang ana pun hampir terlupa.Alhamdulillah ada sahabat ingatkan.'Bersangka baiklah dengan Allah'.

              MasyaAllah sahabat....semua yang berlaku ada hikmahnya.Tak mungkin masalah,rasa kekecewaan yang Allah hadirkan dalam hati kita hanya sekadar main2 atau saje2.Tidak,sesekali tidak.Jom kita bersama-sama sahabat,fikir sejenak tentang apa yang terjadi.Cari hikmah dan ibrah(pengajaran) walaupun sedikit.Cari,supaya kita tidak menyalahkan DIA tentang apa yang berlaku.'Bersangka baiklah dengan Allah'.

              Carilah hikmahnya sehinggakan air mata kita mengalir tanda bersyukur.Jangan kita sendiri menutup pintu hati dan mata kita dari melihat ibrah setiap kejadian itu hanya kerana terikut dengan perasaan.Jangan biarkan syaitan menggunakan perasaan kita untuk membuatkan kita jauh dariNYA.Nau'dzubillahiminzalik.Kita tak tahu adakah kita boleh kembali dekat denganNya semula jika kita sudah jauh???Pastikah kita,sebelum ruh kita ditarik pergi?

              Memang kita perlu bersangka baik dengan Allah,tapi jangan salah konsep sahabat.Jangan disebabkan ungkapan ini,kita senang-lenang membiarkan diri kita meninggalkan suruhanNya dan melakukan laranganNya."Allah Maha Pengampun,Dia akan ampunkan semua dosa aku,bolehlah aku buat itu ini".=_+".......Salah konsep ini!!!!Kalau ada sesiapa yang menyalahgunakan ungkapan 'bersangka baiklah dengan Allah' untuk melakukan maksiat,CEPAT SEDAR!!!!!!!

              Jika kita mampu mencari hikmah dari setiap kejadian,InsyaAllah kita akan makin dekat dengan DIA.Kerna kita tahu Allah turunkan ujian atau masalah pada kita sebagai tanda Dia kasih pada kita.Supaya kita ingat semula pada Dia...Supaya kita terus bergantung pada Dia.Ucapkanlah 'Alhamdulillah' dan beristighfarlah setiap kali datangnya musibah walau sekecil-kecil musibah sekali pun.Dan jangan lupa sahabat......nikmat itu juga boleh jadi ujian buat kita.

Wallahu'alam
Apa yang baik itu datang dari Allah serta yang buruk juga datang dari Allah
tetapi disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri sebagai seorang insan.Apa2 kesilapan,kesalahan dan kekurangan mohon ditegur.

Assalamualaikum=)
             






             

2 comments: