Tuesday, 30 October 2012

Kita Alat Penyebar Fitnah???

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang mengenali dan yang tidak mengenali diri ini.
Semoga setiap yang kita tuturkan memberi manfaat kepada orang lain dan diri kita,InsyaAllah=) dan mohon dijauhkan lidah ini mendatangkan atau menyebarkan fitnah kepada orang lain,na'udzubillahiminzalik

Zaman millenium ini,senang sahaja berita tersebar.Sama ada berita benar atau berita palsu.Dan kita sendiri selalu terpedaya dengar penyebaran berita2 yang kita xtahu setakat mana kebenarannya.Dalam mengikuti perkembangan dunia semasa,yang bergerak pantas bagaikan kelajuan cahaya,tanpa kita sedar kita menjadi ALAT PENYEBAR FITNAH!!!.

Sahabat2....
Ingat x firman Allah s.w.t dlm Al-quran

  Maksud bahasa melayu:Pada hari ini(Hari Pengadilan),Kami akan tutup mulut-mulut mereka,tangan-tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberikan kesaksian terhadap apa dahulu yang mereka kerjakan.(Yaasin:65)

Mulut yang selalu menipu,menyebarkan khabar2 angin kelak akan ditutup atas izin Allah dan tidak dapat digunakan di hadapan Allah untuk menipu Tuhan Yang Maha Besar.Anggota badan yang lain yang akan diberi izin oleh Allah untuk berkata-kata dan menjadi saksi apa yang kita lakukan sepanjang di dunia.

Mulut ini,yang kelak Allah akan biarkan tutup di hari pengadilan,kerap menyebarkan berita2 yang belum pasti kesahihannya.Bila masa pula mulut kita ni menjadi alat penyebar fitnah?Bila masanya sahabat?Sewaktu kita berbicara sahabat....terutama sewaktu berbicara kosong.Kadang2 sewaktu kita meluahkan perasaan sedih atau marah mahupun gembira,orang lain dijadikan bahan untuk menjadi cerita.Na'udzubillah.

Tanpa kita sedar, sedikit sebanyak kita membantu menyebarkan fitnah.Zaman sekarang,tangan pun boleh menjadi alat penyebar fitnah.Post sikit kat fb,kat blog ramai yang like,ramai yang share.Betapa berdosanya kita jika berita itu tidak benar.Jika benar pun,tetap juga berdosa kerana membuka aib orang lain jika bukan bertujuan untuk dijadikan iktibar atau pengajaran buat semua.

Bayangkan apa kesannya pada orang yang kita fitnah itu.Mesti mereka malu untuk berjumpa masyarakat atau hilang keyakinan diri.Atau mungkin jadi lagi teruk dek khabar angin yang kita sebarkan.Hanya Allah yang tahu penderitaan yang ditanggung oleh mereka.Kalau kita jadi orang yang difitnah,apa reaksi kita?Mesti kita tak sukakan?Adakah kita akan bersabar atau kita akan berputus asa?Wallahu'alam.Semoga kita dijauhkan dari menyebar fitnah dan difitnah.

“Betullah,surat khabar yang tulis”,”Ada dalam berita kat tv lah”,”Cube bace kat internet,ada dyorg bagitahu”<-------Seringkali itulah alasan kita apabila orang lain bertanyakan kebenaran sesuatu berita itu.Mari jauhkan dari sifat ini sahabat.Ana pun kadang-kadang terleka dan terlalai.Tanpa ana sedar,ana pun pernah dan mungkin sedang menjadi alat penyebar fitnah.

Ya Allah,Kami memohon kepadaMu supaya dipelihara lidah dan tangan ini dari menyebarkan khabar-khabar palsu,fitnah serta membuka aib orang lain.Engkau jadikanlah seluruh anggota badan ini,sebagai alat untuk memberi kebaikan kepada orang lain.Ameen


Maksud bahasa melayu:"Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-orang yang ada penyakit (syak ragu-ragu) dalam hatinya, serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja,"(Al-Ahzaab:60)

Wallahu'alam=)
Segala yang baik dan buruk itu datang dari Allah s.w.t tetapi yang buruk atas asbab kelemahan dan kekurangan saya sendiri sbg insan yang memang dijadikan oleh Allah banyak kekurangannya.Segala salah dan silap mohon ditegur dan dibetulkan.
Assalamualaikum=)



Friday, 19 October 2012

Gagalkah kita?atau lulus?

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan yang xmengenali diri ini=)
Semoga setiap ujian yang kita tempuhi kita hadapinya dengan penuh keimanan dan keyakinan yang mantap bahawa Allah akan membantu kita hadapi ujian tersebut,InsyaAllah=)



 Maksud bahasa melayunya:
Aliff Lam Mim.
Adakah Manusia Mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja untuk mengaku "kami beriman" dan sedangkan mereka belum diuji?
Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta
(Surah Al-Ankabut:ayat 1-3)

Kdg2 kita sedar bahawa kita sedang menghadapi ujian dan kdg2 kita tidak sedar yang kita sedang diuji.Bila masa kita sedar bila masa kita xsedar sahabat?Apabila kita hadapi ujian duniawi seperti UPSR,PMR,SPM,STPM dan yang seangkatan dengannya kita sedar kita sdg sit for exam.Tetapi bila kita hadapi ujian ukhrawi(ujian yang nak menguji sama ada kita beriman atau x) kdg2 kita xsedar.Dan disebabkan itulah kita gagal nak menjawab soalan2 ujian ukhrawi.Kita xsedar pun yang kita pun kena sit for exam ukhrawi ,maka kita x bersedia,kita xbelajar!Bagaimana kita nak jawab exam kalo kita x belajar.Gamaknya gagallah kita.Naudzubillahiminzalik.

Kita sibuk prepare nak jwb ujian duniawi tetapi kita lupa juga nak sibukkan diri dengan ujian ukhrawi.Kita lupa sahabat...bahawa ujian duniawi xpe kalau gagal tetapi ujian ukhrawi mampus kita kalau gagal.Mampus bukan sekali je sahabat,banyak kali kita akan mampus.Mampu sekali kemudian Allah akan hidupkan semula dan rasa kesakitannya nak mampus berulang kali sehingga kiamat habis.Tapi bila kiamat nak habis???Kiamat adalah satu tempoh masa yang infinity,xkan berhenti.So,kita akan merasa seksaannya berulang-ulang kali<---------naudzubillahiminzalik
Tapi ana x bermaksud yang kita xperlu belajar,biar je gagal exam duniawi.Tidak2*geleng2*.
Gunakan dunia ini utk cari akhirat.Kerna itulah Allah hidupkan kita kat dunia ni.Tunjukkan pada dunia apa Islam itu.=)



Soalan exam duniawi sama sahaja.Kita kalau xley  nak
jawab,nak tiru orang sebelah pun boley kerana soalannya sama sahaja(tapi jgn meniru!)Tetapi kalau exam ukhrawi soalannya berbeza.Tetapi nak tiru boleh walaupun soalannya lain2.Tirulah cara org lain menghadapi masalahnya.Ambil yang baik,yang xbaik jangan diikut.

Bertenanglah jika ditimpa ujian,mehnah dan tribulasi.Jawablah dengan rasa keimanan dan yakin kepada Allah.Letaklah kebergantungan padaNya.Nescaya Dia akan membantu.InsyaAllah=)
Jangan berduka jika ditimpa musibah.Kenapa kita yang ditimpa ujian yang sedemikian rupa.Kerana Allah sayang kat kita Allah bagi ujian pada kita.Supaya kita selalu ingat padaNya dan bergantung harap padaNya.Supaya makin bertambah iman kita padaNya.Berdukalah jika Allah membiarkan kita dengan kelalaian dunia kerana kita akan makin jauh dariNya.Naudzubillah.

Wallahu'alam=)
Semua yang baik dan yang buruk itu datang dari Allah tetapi yang buruk itu disandarkan atas kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri sebagai insan yang hina lagi dina.Segala salah dan silap mohon ditegur dan dibetulkan=)

Assalamualaikum=)

Wednesday, 17 October 2012

SAYANG ALLAH^__^

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan yang xmengenali diri ini.
Semoga persahabatan kita terbina kerana Allah.InsyaAllah=)

Ana ada something nak tunjuk pada sahabat2.walaupun ianya hanya beberapa keping gambar,tapi bg ana ianya membawa erti yang besar pada ana.Hope sahabat2 punya perasaan yg sama seperti ana^_^




Seharusnya kita bersyukur disaat kita melakukan kesalahan,Allah tegur kita.Walaupun bukan secara  direct,tetapi indirect pun Allah masih tegur kita.Allah jadikan sahabat,kawan ataupun kadang2 kita xkenalpun siapa insan itu sebagai wasilah(alat/jalan) untuk menegur kesalahan kita.

Allah sangat sayang akan hamba-hambanya.Cuma kadang2 kita sahaja yang xperasan.Kita asyik rasa org tu menyibuk je urusan kita.Padahal bukan org tersebut yang menegur kita,tetapi Allah.Betapa Dia xnak kita leka dan lalai.Dia xnak kita lupa akan Dia.MasyaAllah sahabat....sweetnya kasih sayang Allah^_____^.SAYANG ALLAH=)

Ya Allah,jika kami terlalai atau leka,janganlah Engkau biarkan kami terus tenggelam dalam kelalaian kami.Genggamlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu supaya kami terus kekal di dalam JalanMu.Amin....=)

Wallahu'alam=)
Semua yang baik dan buruk itu dtg dari Allah tetapi yang buruk itu disandarkan atas kelemahan dan kekurangan diri ana sendiri sebagai insan yang kerdil.Segala salah dan silap mohon ditegur=)

Assalamualaikum=)

Sunday, 14 October 2012

Perkahwinan^^sweetnye

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum=) buat sahabat2 yang mengenali dan yang xmengenali diri ini.Semoga rahmat hujan yang Allah turunkan di tempat ana ni,sampai kepada antum.InsyaAllah=)

Hari ini,ana ada join satu meeting nh.Sementara tunggu meeting start,ana cakarla fail yang ada depan ana ni.sahabat sebelah ana dah ter eeee,eeee.Ana just cakap biarlah=).hehheheh.

(ni gambar yang muslimin datang meminang muslimat)
.
.
.
.
.
.
 (ni gambar hari perkahwinan mereka)
.
.
.
.
.
(nh ambil kat internet je)
Cube tengok gambarnya,tu yang dia ter eee,eeee.Roomate ana pun kata ngada2.hahaha.
Jawapan ana:Biarlah,dyorg dh kahwin=)
hehehe.Perkahwinan adalah satu wasilah(alat)yang Allah berikan kepada manusia.Perkara yang haram dilakukan sewaktu kita single atau bujang,halal dilakukan kepada orang yang sah selepas kita bernikah dengan cara yang sah.Malah mendapat pahala=)
 
Tapi,jangan salah faham.Orang yang BERTUNANG bukan bermaksud muslimat itu dah menjadi pasangan kita yang sah.Belum lagi.Tapi kita masih boleh berjumpa .Jumpa di dalam rumah muslimat yang ada ibu bapa mereka(atau bakal mertua kita).Nak bawa keluar boleh,tapi kena ada mahram muslimat tersebut bersama.
 
Kan sweet^__^.Islam itu sangat indah.Binalah baitulmuslim.Sebelum bina baitulmuslim,mantapkanlah fhardlmuslim kita dulu supaya kita sama2 dapat menjaga bakal pasangan kita nanti dan juga bakal zuriat2 kita.InsyaAllah=)
 
Wallahu'alam=)
semua yang baik dan yang buruk e2 datang dari Allah tetapi yang buruk e2 disandarkan atas kelemahan diri ana sendiri.Segala salah dan silap mohon ditegur=)
Assalamualaikum=)



 

Friday, 12 October 2012

JOM BERNIAGA!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan yang x mengenali diri ini.Semoga hari ini dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih pada sahabat2 yang sering ada menegur di saat melakukankan kesilapan dan yang sering mengajak ke arah kebaikan.InsyaAllah=)






Dalam seminggu yang lepas,ana ada mengikuti satu kem.Kemnya agak santai tetapi penuh2 dengan input2 yang berguna.Ada juga program yang lasak diaturkan seperti night walking,jungle trekking  dan water obstacle.Bagi analah,aktiviti air yang paling lasak sebab ana xreti berenang=(.asyik tenggelam je.heehehe.Sampai luka kaki ana,tp sikitnya lukanya.Pengalaman nya memang best.

Balik dari kem dalam jam 7 malam.Lepas solat isya',ana ingatkan nak tidur sekejap je sebab nak siapkan assignment kena hantar besoknya.tapi terlelap sampai 12 lebih.Dah kelam kabut sebab assignment x buat lagi(jgn ikut perangai ni budak ni<-----------suka sangat buat kerja last minute)

Tapi bukan nak cerite pasal buat kerja last minute,nak citer pasal bende laen.Sedang2 ana buat kerja,ana on9 fb ana,tapi ana buat kerjalah x neok fb.sebab xde mende pun.Sedang ana buat kerja,ada sahabat ana sorang ni chat ngan ana.Ana pun layanlah sebab kite ni perlu meraikan sahabat kite.TAPI jangan salah faham dengan ayat ini.Jangan pula kata kita boleh meraikan BF/GF.Kalau macam 2,xyah layan.Kalau nak meraikan suami/isteri boleh(dapat pahala=))

Dia ada offer ana something.Dia tunjuklah macam2 gambar.Masa 2 ana x neok sgt gambarnya e2 dan ana sebenarnya xfaham sgt dia ckp apa sebenarnya.Maklumlah,hati masih di assignment yang belum siap2 lagi.Dia offer ana berniaga ada satu product ni.Dia memang tahu ana ni suka berniaga cuma xda peluang dan pengalaman je.Kalau ana idea2 nak buat,semuanya just tinggal idea je.xdilaksanakan =(.Sebab dop reti dan dop tahu nak tanya siapa.Malam 2,ana just beritahu dia yang an fikir dulu.Sebab nak cut conversationnya dari berlanjutan.huhuhu.ABES!KANTOI!!!!maaf ya.

Lepas difikir2 semula,ana nak cuba dan ana mulakanlah prosesnya.Sedar2,byk benda yang ana xtahu.Nak deal ngan customer xtahu,ayat xsemenggah.Bila ada org tanya pasal product ana,menggigil ana takut.Hatta roomate ana cakap 'asal ko ni?'huhu.Sahabat ana nilah tempat ana nak bertanya dan minx pendapat.Dia layan je kerenah ana walaupun kadang2 soalannya macam budak2.
Sekarang ni ana dah mula belajar sikit2 tentang alam perniagaan ni.Best sangat.Sunnah Nabi Muhammad s.a.w=).Jom Berniaga!

Hehehe.Kalau nak tanya pasal produk yang ana jual.Boleh pm ana di http://www.facebook.com/mujahadahsyahirah.abdolrazak.Harga boleh dibincang=)

Wallahu'alam.
Semua yang baik dan yang buruk e2 datang dari Allah cuma yang buruk e2 atas kelemahan diri ana sendiri=)

Assalamualaikum=)

Wednesday, 3 October 2012

Awak Islam ke?

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan xmengenali diri ini.
Semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayah supaya terus berada dijalan yang diredhaiNya.InsyaAllah=)

...................................................................Perkongsian.................................................

Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku bukan kebetulan.Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.Begitu juga apa yang berlaku antara dua orang sahabat yang dahulunya terpisah lama kini bertemu kembali.Masing2 kaget,kelu lidah untuk berbicara.Beberapa minit diperlukan untuk hilangkan 'awkward moment'.

Masing2 ketawa kecil cuba menutup 'awkward moment'.

Melur(Bukan nama sebenar):Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Tulip(Bukan nama sebenar):Waalaikumussalam.Sihat?
Melur:Alhamdulillah sihat =).Awak,sihat?
Tulip:Sihat Alhamdulillah.

….......................Kita skip Prolog.Terus klimaks...................................................................................

Tulip:Apa di tangan awak tu?(menunding kertas di tangan melur)
Melur:Oh ni....Ni pamplet PPKI(Persatuan Pelajar Kasih Islam)<------(Bukan nama sebenar)

(Dahi Tulip berkerut.Fikirannya cuba mengingati sesuatu)

Tulip:Bukan ke PPKI ni persatuan yang ada agenda politik?Awak suka politik ke?
Melur:Suka.=D.Sebab politik pun sebahagian dari Islam.Nabi Muhammad s.a.w pun nak bina Negara Islam Madinah berpolitik juga melalui piagam madinah.Politik itu memang sebahagian dari Islam.
Tulip:*angguk2*.
Melur:Saya nak tanya awak.Kenapa sekarang ni ramai yang xsuka organisasi Islam?Katanya mesti ada helah politik.Betul ke?Pendapat awak?

(Tulip cuba menyusun ayatnya)

Tulip:Pada pandangan sayalah,kebanyakan mereka yang join organisasi islam ni memang ada agenda mereka sendiri dalam bidang politik.Tapi xsemua yang macam tu.
Melur:*angguk2*.Tapi................. yang x masuk organisasi islam xde agenda lain?

(Tulip terdiam)

Tulip:Macam nilah saya terus terang.Saya memang xmasuk organisasi Islam sebab saya takut kalau saya masuk organisasi tersebut saya kena jadi baik.Kena cakap elok2.Kena pakai pun yang tutup aurat betul2.Xley couple.
Melur:Awak orang Islam kan?
Tulip:Ya!Saya memang orang Islam.(Tulip mula baran dengan kata2 Melur tadi)
Melur:Kalau awak xnak tutup aurat betul2,nak couple jugak sebelum kahwin.Why you still saying that you're a muslim?Sedangkan bukannya sebab masuk organisasi Islam perlu tutup aurat betul2 n jaga tingkah laku.When we're saying that we're muslims,start from that time we need to follow syariat Islam.

(Tulip terdiam dan dahinya berkerut ketat cuba memikirkan apa yang perlu dibalas)

Tulip:So now you're saying that I should 'murtad'?

(Melur cuba menyusun ayatnya supaya Tulip dapat faham apa yang cuba disampaikannya.Dia sedar yang Tulip dalam keadaan marah)

Melur:Saya minta maaf kalau saya buat awak marah.Tapi kalau awak murtad,naudzubillahiminzalik parents awak marah x?
Tulip:Memanglah.Putus family boleh jadi.takut saya.
Melur:Awak takut parents awak marah tapi x takut Allah murka?Jangan tunggu datang seru kerana seru Allah sudah lama diturunkan melalui Al-Quran.Kita xperlu nak masuk organisasi Islam baru nak belagak macam orang Islam.Kita masuk Islam memang dah kena act like a muslim.
Sekarang ramai yang salah faham berkenaan dengan itu.Saya harap awak faham apa yang cuba saya sampaikan.semoga Allah merahmati awak.

...................................................................................................................................................................

Di dalam penulisan Syahid Sayyid Qutb dalam bukunya Fi Zilalil Quran:

Orang-orang yang mendakwa beriman kepada wahyu yang telah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dan wahyu yang diturunkan kepada rasul-rasul sebelumnya iaitu orang-orang
yang berkata: Kami mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
Muhammad itu Rasulullah, sekalian rasul itu benar, kitab-kitab Allah itu
benar, para malaikat itu benar, hari Akhirat itu benar, qadha’ qadar yang baik
dan yang buruk itu benar mereka yang membuat pengakuan sedemikian jika
masih mempunyai keinginan dan kemahuan untuk berhakimkan kepada
syari’at yang lain daripada syari’at Allah dan sekalipun mereka berhakimkan
syari’at Allah dan sunnah nabi-Nya, tetapi hati mereka tidak bersetuju dan
tidak menerimanya dengan penuh kerelaan, maka perkataan dan pengakuan
mereka tidak diterima dan diambil kira dan mereka tidak termasuk dalam
golongan Mu’minin dan tidak mendapat sifat keimanan, kerana pengakuan
lisan hanya dipakai dan diambil kira jika tidak disertai keinginan dan
kemahuan untuk berhakimkan kepada yang lain dari syariat Allah dan jika
tidak ditemani perasaan tidak redha dan tidak menerima hukum-hukum
Allah dan rasul dalam mana-mana urusan kehidupan.
Sesiapa yang menolak Uluhiyyah Allah,tidak boleh disifatkan sebagai seorang muslim walaupun dia mendakwa dengan lisan tetapi perbuatannya membatalkan dakwaannya iaitu keinginan untuk berhakimkan dengan syariat taghut .


................................................................................................................................................................
Credits to:dua orang akhi ana yang membantu ana menyusun kisah ini supaya tiada timbul salah faham.InsyaAllah=)

Wallahu'alam.
Segala yang baik dan buruk itu datang dari Allah tetapi yang buruk itu disandarkan atas kelemahan dan kekurangan diri ana sendiri sebagai makhluk yang hina lagi dina.Segala salah dan silap mohon dtegur.

Assalamualaikum=)