Tuesday, 26 February 2013

Bilakah kematian akan menjemputku?

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan yang tidak mengenali diri ini.Semoga setiap perkara yang kita lakukan mendapat keredhaanNya.InsyaAllah.amin....=)

Sahabat,



Pernah x terfikir,

Jika ditakdirkan antara semua manusia akhir zaman ni,kita diberi satu kelebihan.
Kelebihan itu ialah kita tahu bila kita akan mati.

Jarak masa antara waktu kita tahu bila kita mati dan tarikh kita mati itu panjang.
Jarak masanya 2 tahun.Yela2 kalau rasa pendek sangat,ana tukar 10 tahun.

10 tahun….panjang tu sahabat.
Kita nak buat apa?

#nak beribadat kepada Allah  je sepanjang 10 tahun tu
                                atau

#nak sebarkan ajaran tauhid(Islam) sepanjang 10 tahun
                                atau

#nak enjoy hidup dalam 7 ke 8 tahun dulu,tahun ke 9 dan 10 bertaubatlah..
                                atau

#nak beribadat,nak sebarkan agama tauhid,nak jadi insan yang menjaga hubungan antara keluarga dan masyarakat…….senang citer nak buat benda2 baiklah
                                Atau

#..............macam2 lagi………..

Kita nak buat yang mana sahabat?.....

Kadang2 tergelak sorang2,menangis sorang2  tak tahu nak buat apa.
Macam orang gila pun ade juga…

Tahukah kita apa yang akan berlaku sepanjang 10 tahun tu?Yakinkah kita,kita akan berada dalam jalan yang benar?Yakinkah kita tidak akan terpesong?

Takut memikirkan masa yang akan datang..

Sahabat,

Banyak dosa yang kita telah lakukan sama ada kita sedar atau tak.Kadang2 kita xbuat apa2 pun,dosa kita makin bertambah.

(Surah An-Nahl:61)

 Sahabat,
 Dalam tak sedar banyak dosa kita kumpul sampai menggunung.
Tak kan apabila kematian menjemput kita,kita nak jadi dalam kalangan mereka yang disebut dalam Al-Quran?
(Surah Ibrahim:44)

Ya Allah,aku tak tahu bila kematian akan menjemputku.Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui.Dan aku tahu aku perlu melepasi fasa kematian untuk bertemu denganMu.Tapi dalam perasaan kegembiraan untuk bertemu denganMu Ya Rabbi,aku juga takut yang aku akan bertemu denganMu dalam keadaan hina.Aku takut sangat Ya Rabbi.Aku memohon padaMu dengan segala RahmatMu,Engkau peliharalah diri kami supaya terus berada dalam JalanMu.
Amin…..

Wallahu'alam=)
Segala yang baik dan buruk itu datang dari Allah tetapi yang buruk itu disandarkan atas kesilapan dan kekurangan diri ana sendiri sebagai hamba yang kerdil.Segala kesalahan dan kesilapan mohon ditegur dan dibetulkan.=)
Assalamualaikum=)

Wednesday, 13 February 2013

Jangan Engkau Tutup Peluang yang Terbuka LUAS!!!

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan yang xmengenali diri ini.Semoga setiap ujian yang Allah titipkan untuk kita,menjadikan kita orang yang lebih dekat denganNYA dan menjadikan kita orang yang lebih baik=)Aminn......

Sahabat,

Ana nak kongsi juga walaupun maybe mostly sahabat2 dah tahu dan dah pernah dengar pun.
Nak tye soalan nh..

SOALAN 1:Siapa yang bagi ujian kat kite?(Suara lagak kem komanden)
JAWAPAN:Allah!!!!!!!!!

SOALAN 2:Kenapa Allah bagi kite ujian ????
JAWAPAN:sebab DIA sayang kitalah!!!!

SOALAN 3:Habis kenapa still marah kalau ada MASALAH????(Angkat kening ~_~)
JAWAPAN:err.....sebab....terlalu ikutkan emosi(Surau lemau tahap biskut masuk angin)

SOALAN AKHIR:Nape ko nh suka tanye,pastu jawab sendiri????
JAWAPAN:hehehe.....sebab den sowang2 nh.

^_^Sahabat....Maybe bukan ana sorang je yang pernah bermonolog dalaman,maybe ade dlm kalangan sahabat juga pernah dalam situasi di atas.Jujur.....memang ana pernah dan selalu mengeluh apabila ada masalah tapi JOM same2 ubah!!!!Allah ada dengan kita,so.....jangan marah ye.

Sahabat.....
Walau siapa pun kita di masa dahulu atau sekarang ni pun,kita layak untuk jadi lebih baik.
SO~~~~~
Bagilah PELUANG pada diri sendiri untuk BERUBAH.Jangan kita sendiri yang tutup peluang itu.
Walau seteruk mana pun kita jadi manusia,memang fitrah kita mahukan kebaikan.Even hanya sekelumit perasaan mesti ada.PERCAYALAH....Cuba cari dalam diri kita =)

A011 Maksudnya:Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.(Ar-Ra'd:11)
 
Sahabat....

                   .Peluang nak berubah dah terbuka luas.Tiada siapa yang akan halang kita kalau nak berubah.Kalau setakat ada orang 'boooo' sikit atau family ke kawan2 ke pandang pelik,itu benda biasa.Cakap pada diri sendiri "Allah ada dengan aku,aku betul2 nak berubah.Ya Allah Engkau bantulah hambaMu ini untuk menjalani ujian sepanjang perjalanan ku melakukan perubahan keranaMU".Amin.....

 Alhamdulillah=) ada sahabat ana share tentang tafsir surah Ar-Ra'd ayat 11.

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ

TAFSIR AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH :
ALLAH tidak akan menarik balik nikmat yang diberikan kepada satu golongan melainkan mereka lupa untuk mensyukuri nikmat tersebut ..

TAFSIR MUKTAZILAH :
ALLAH tidak ubah nasib satu kaum , KAUM ITU YANG UBAH NASIB SENDIRI ..

Nota : Petikan Tazkirah Ustaz Azhar Idrus
wallahualam.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.InsyaAllah=) 

Wallahu'alam=)
Segala yang baik dan buruk itu datang dari Allah s.w.t tetapi yang buruk atas asbab kelemahan dan kekurangan saya sendiri sbg insan yang memang dijadikan oleh Allah banyak kekurangannya.Segala salah dan silap mohon ditegur dan dibetulkan.
Assalamualaikum=)


Monday, 4 February 2013

Aku kecewa =(

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan x mengenali diri ini.Semoga hati2 kita dipegang dan dipelihara yang Maha Pencipta Hati2 ini supaya tidak jauh dari cinta Yang Maha Mencinta.

KECEWA....

               Berbicara soal kecewa,banyak isu yang boleh diketengahkan.Masing2 pernah merasai kekecewaan.Yang membezakan kita hanyalah cara kita menghadapi kekecewaan tersebut.Sama ada kita berjaya mengatasi kekecewaan atau kita terbawa-bawa dengan kekecewaan tersebut.Subhanallah...jangan sesekali kita terbawa-bawa dengan kekecewaan sampai kita jatuh.Ada satu ungkapan yang ana percaya sahabat2 pernah dengar,yang ana pun hampir terlupa.Alhamdulillah ada sahabat ingatkan.'Bersangka baiklah dengan Allah'.

              MasyaAllah sahabat....semua yang berlaku ada hikmahnya.Tak mungkin masalah,rasa kekecewaan yang Allah hadirkan dalam hati kita hanya sekadar main2 atau saje2.Tidak,sesekali tidak.Jom kita bersama-sama sahabat,fikir sejenak tentang apa yang terjadi.Cari hikmah dan ibrah(pengajaran) walaupun sedikit.Cari,supaya kita tidak menyalahkan DIA tentang apa yang berlaku.'Bersangka baiklah dengan Allah'.

              Carilah hikmahnya sehinggakan air mata kita mengalir tanda bersyukur.Jangan kita sendiri menutup pintu hati dan mata kita dari melihat ibrah setiap kejadian itu hanya kerana terikut dengan perasaan.Jangan biarkan syaitan menggunakan perasaan kita untuk membuatkan kita jauh dariNYA.Nau'dzubillahiminzalik.Kita tak tahu adakah kita boleh kembali dekat denganNya semula jika kita sudah jauh???Pastikah kita,sebelum ruh kita ditarik pergi?

              Memang kita perlu bersangka baik dengan Allah,tapi jangan salah konsep sahabat.Jangan disebabkan ungkapan ini,kita senang-lenang membiarkan diri kita meninggalkan suruhanNya dan melakukan laranganNya."Allah Maha Pengampun,Dia akan ampunkan semua dosa aku,bolehlah aku buat itu ini".=_+".......Salah konsep ini!!!!Kalau ada sesiapa yang menyalahgunakan ungkapan 'bersangka baiklah dengan Allah' untuk melakukan maksiat,CEPAT SEDAR!!!!!!!

              Jika kita mampu mencari hikmah dari setiap kejadian,InsyaAllah kita akan makin dekat dengan DIA.Kerna kita tahu Allah turunkan ujian atau masalah pada kita sebagai tanda Dia kasih pada kita.Supaya kita ingat semula pada Dia...Supaya kita terus bergantung pada Dia.Ucapkanlah 'Alhamdulillah' dan beristighfarlah setiap kali datangnya musibah walau sekecil-kecil musibah sekali pun.Dan jangan lupa sahabat......nikmat itu juga boleh jadi ujian buat kita.

Wallahu'alam
Apa yang baik itu datang dari Allah serta yang buruk juga datang dari Allah
tetapi disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri sebagai seorang insan.Apa2 kesilapan,kesalahan dan kekurangan mohon ditegur.

Assalamualaikum=)