Tuesday, 22 January 2013

Ibrah sahabat yang pergi



Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan yang xmengenali diri ini.Semoga setiap nikmat hembusan nafas yang Allah berikan kepada kita,kita sertai dengan rasa syukur kepada Allah.Alhamdulillah=).Terima Kasih Ya Allah kerana beri kami peluang untuk berada di bumiMu untuk terus bersujud padaMu.

                Akhir2 ini ana dikejutkan dengan satu berita kematian seorang sahabat ana,Siti Hajar Binti Ahmad Sabir.Innalillahiwainnailaihiraji’un.Semoga ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.Amin….

                Almarhumah bersama tiga orang lagi sahabat telah terlibat dalam satu kemalangan di dalam kawasan Masjid Tanah.Almarhumah telah terlantar di hospital lebih kurang 2 minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pagi 20hb Januari 2013.Betapa sebaknya hati ana apabila hajat ana untuk bertemu dengan Almarhumah selepas program yang ana ikuti xkesampaian.

                Pada mulanya ana xdapat nak menerima pemergian Almarhumah,bagaikan orang gila ana menjerit nak berjumpa dengan Almarhumah.Puas orang disekeliling ana tenangkan ana,suruh ana Istighfar dan lepaskan dia pergi.Ana masih sebak juga.Sehingga ada seorang sahabat ana beritahu ana,Almarhumah telah terlantar di hospital selama lebih kurang 2 minggu.Almarhumah telah merasai pelbagai kesakitan sepanjang di katil hospital.Sambung sahabat ana lagi,semua yang berlaku,rasa sakit hajar,rasa derita hajar sepanjang 2 minggu itu adalah kifarah dosa buat hajar.Allah telah menghapuskan dosa-dosa hajar dengan memberikan rasa sakit pada hajar sebelum Dia menjemput Hajar bertemu denganNya.Redhakanlah dengan pemergian dia.InsyaAllah,kita akan bertemu juga di Syurga Allah kelak.

                Alhamdulillah proses pengebumian jenazah Almarhumah berjalan dengan mudah dan lancar.Kematian tidak mengenal usia.Bila2 masa Allah boleh menjemput kita sama ada kita bersedia atau tidak.
               Macam mana ni?Layakkah kita duduk di bumi Allah ini?Layakkah kita menghirup udara ini? Layakkah kita merasai nikmat yang Allah beri?Apa yang telah kita buat untuk membalas nikmat yang diberikan kepada kita?Cukupkah dengan apa yang kita lakukan?


               Ya Allah,kami menadah tangan padaMu.Banyak nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami.Sama ada kami sedar atau tak sedar.Tapi kami selalu alpa sedangkan Engkau tak pernah lupakan kami.Kami tidak tahu bila Engkau akan menjemput kami.Kami tidak tahu di mana pengakhiran kami.Ya Allah, dengan masa kehidupan yang Engkau berikan kepada kami ini Ya Allah,Engkau jadikanlah kami dalam kalangan mereka yang turut berusaha berjuang menegakkan agamaMu Ya Allah.Jauhkan kami dari menjadi orang yang menjual agama untuk kepentingan diri.Na'udzubillahiminzalik.amin...

Wallahu'alam=)
Semua yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah tetapi yang buruk itu disandarkan atas kelemahan dan kekurangan diri ana sendiri sebagai insan yang hina ini.Jika ada salah dan silap mohon ditegur dan dibetulkan.
Assalamualaikum=)

Wednesday, 2 January 2013

Kenapa Kau bagi Aku??

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2 yg mengenali dan yang x mengenali diri ini.Semua kasih sayang Allah merahmati hari2 kita.InsyaAllah=).Amin.

Lama x dengar khabar mujahadahkan?Manalah dia menghilang....



Alkisah seorang insan yang lalai dalam kehidupan hariannya.Suatu ketika dia termenung memandang langit.

Senario yang terlakar dalam diari hidupnya bertukar silih berganti bagaikan adegan televisyen.Bermula dari kecil sampailah dewasa.Perkara baik dan buruk yang pernah dilakukan diimbas kembali.
                Lantas kelopak matanya bergenang dengan butiran jernih,lalu insan tersebut menjerit menghadap langit.
TUHAAAAAAAN!!!!Aku tahu aku tak layak terima cinta Kau.Aku banyak buat dosa kat Kau.Tapi kenapa Kau tetap nak bantu aku????Kenapa Kau tak biar aku sendiri je????Kenapa Kau tak biar aku mati je?
                Air matanya deras mengalir.Terasa hiba dan malu pada Tuhan yang selalu ingatkan di saat dia terleka.
Aku buat salah pada Kau.Banyak sangat!!Kenapa kau tak pernah lupakan Aku padahal Aku selalu lupakan Kau???Aku malu nak sujud pada Kau.Aku malu nak pohon apa2 dari Kau.Tuhan.....dengan segala RahmatMu ,kasih sayangMu,Kau genggam eratlah hatiku ini supaya terus mengingatiMu.Walaupun aku xlayak nak mintak apa2 setelah apa yang aku dah buat,tapi hanya dariMu sahajalah yang layak hambaMu yang hina lagi dina ini meminta dan mengharap.


Andai hidup ini perlukan hanya seorang manusia,
Sungguh mudah untuk aku tersungkur,
Andai hidup ini perlukan lebih dari seorang manusia,
Terjaminkah bahawa aku tidak akan tersungkur?

 Kadang-kadang tertanya-tanya,
Kenapa perlukan ramai manusia?
Hati masih tertanya-tanya,
Apa sebenarnya tugas aku sebagai manusia?

Adakah aku dalam kalangan yang akan tersungkur?
Atau.....
Aku yang menyungkurkan orang lain?

Adakah aku dalam kalangan yang membantu?
Atau......
Aku hanya dalam kalangan yang melihat?

Faham x ayat puitis di atas ni?Apa maksud tersungkur?Dalam ayat diatas 'tersungkur' membawa maksud lebih kurang terjelepuk,terjatuh dalam konteks manusia yang sering lalai dan leka.

Ana pasti semua sahabat pernah merasai berada dalam keadaan tersungkur.Walaupun keadaan orang itu tersungkur berbeza-beza keadaannya.Sungguh indah jika di saat kita tersungkur,ada yang papah kita bukannya tertawakan kita.Indah juga jika kita yang papah orang tersungkur bukannya tertawakannya.

Sahabat2,ana rindukan antum semua=).Terlalu rindu.Salam Mahabbah.

Wallahu'alam=)
Segala yang baik dan buruk itu datang dari Allah tetapi yang buruk itu disandarkan atas kelemahan diri ana sendiri sebagai insan yang sering lalai dan leka.Segala salah dan silap mohon ditegur dan dibetulkan
Assalamualaikum=)