Tuesday, 12 March 2013

tarbiyyah Allah sangat mantap.(@^_^@)



Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum buat sahabat2  yang mengenali dan yang x mengenali diri ini.Semoga kita semua masih berada dalam redhaNya dan terus berusaha mencapai redhaNya.Amin…..InsyaAllah=)

Huhu…..

Dalam beberapa hari ini,ana jalan terjingkut-jingkut.Pergerakan kaki ana terganggu.Selsema,batuk2 dan macam nak demam jer.Allah…..Sakit sikit kita ni,tapi mulut banyak mengeluh.Teringat kate2 pensyarah ana selepas practical lab tadi.Penyakit itu,Allah yang bagi maka percayalah yang akan sembuhkan kita itu juga Allah=).Betul2 (@^_^@).




Jalan jingkut-jingkut pun,Alhamdulillah Allah bagi nikmat lain,banyak lagi…kita je xreti nak perasantankan.Bak kate ustaz ana,” ‘Signboard’ kat tepi2 jalan dibuat hanya untuk manusia yang mahu memandang sahaja,begitu juga dengan ciptaan Allah hanya diciptakan untuk orang yang mahu melihat sahaja”.Maksudnya=Ada antara kita yang dah tahu selok belok jalanraya,xpayah pandang ‘singboard’ pun.’signboard’ itu dibuat untuk orang yang nak pandang je(org y xtaw jalan)…begitu juga dgn ciptaan Allah/nikmat yang Allah beri,orang yang xnak melihat xkan perasaan rahsia ciptaan Allah.Allah…..Bukalah mata dan hati kami supaya sedar dan syukuri semua nikmatMu.Amin…

Telah dijadikan cerita,ana dan kawan2  yang ambil kursus kimia UTM Skudai bersama dengan beberapa orang pensyarah dan staf jabatan kimia telah pergi satu program mendaki gunung Angsi,di Ulu Bendul Negeri Sembilan.

Bagus juga program ni,ada objektif yang tersirat dan yang tersurat.Bagi ana ini satu tarbiyyah dari Allah.Di tengah2 hutan,bila tiba wak2 malam,pensyarah2 dan abang2 fasi bagi tazkirah maghrib.Sampai renjer hutan panggil pensyarah, ustaz.comel =).Subuh dan petang ada bacaan ma’thurat,pensyarah conduct.”Tutup mata masing2,dengar ada bunyi ape?”.Ana ingat lagi kata2 pensyarah tersebut.Bunyi2 burung,ungka dan banyak lagi haiwan yang ana xdpt nk kenal pasti.Tadabbur alam….lihat dan syukuri nikmat Allah dengan melihat ciptaanNya.

Daki gunung ingatkan senang,tapi susah juga.huhu.Turun lagi senang dari daki.=).Begitu juga dengan hidup ini,kita nak mencapai kejayaan memang susah,banyak dugaan dan cabaran yang kita perlu tempuhi.Banyak juga ‘station’ yang kita perlu berhenti untuk berehat.Kalau nak jatuh senang je,xperlu banyak cabaran dan dugaan.Sampai di kaki bukit semula,terdetik di hati ana melihat kawan ana menangis(fed up sebab xsampai2),kenapa aku perlu daki,jika aku perlu turun semula?”
Persoalan ana terjawab pada malam tersebut.”Kita bukan nak dapat apa yang atas gunung tu,xde pe2 atas gunung tu.Kita nak pengalaman….Kita nak apabila kita jatuh kelak,kita ingat balik rasa sakit kita daki gunung dan jangan mengalah”kata pensyarah ana.Terfikir sejenak,betul apa yang dikatakan,pengalaman sepanjang usaha kita untuk mencapai kejayaan dan pengalaman kita sewaktu jatuh itu yang paling berharga.Menjadikan kita hamba yang lebih kuat dan lebih bersyukur.=)

Lagi2….

Sesat ana dan beberapa orang kawan ana apabila turun dari gunung.Hujan pula turun lebat.Risau ana dengan kawan2 ana yang baru nak turun dari gunung.Tangga nak turun curam(tangga semulajadi dari akar2 pokok,Subhanallah…cantik kejadian Allah),mudah tergelincir.Kami yang sudah hampir tiba ni,redah sungai dalam keadaan hujan lebat.Sehinggakan ada yang terjatuh-jatuh dalam sungai.Tiba di tapak perkhemahan,semua xtahu nak buat apa.Nak solat macam mana,baju basah,khemah basah.Lihat jejaka-jejaka ambil wudhu dan solat di dewan terbuka dalam keadaan basah.Dalam hati ana,berbunga-bunga…terus suruh muslimat ambil wudhu’ dan solat dalam keadaan baju lencun.Allah….tarbiyyah Allah sangat mantap.(@^_^@)

Waktu dalam perjalan pulang semula ke UTM,kami diminta untuk mencari kerja dalam masa sejam setengah supaya kami dapat duit untuk makan tengahari.Pengalaman pertama kena ngorat dengan bangla….Hahahah.Masing2 ada pengalaman masing2.Kami belajar cara nak berkomunikasi dengan masyarakat.Ada yang okay dan ada yang x.huhu.Alhamdulillah,pengalaman yang sangat berharga.=)

Xlupa juga,dapat mandi sungai.Yeah!!!!Dah lame xmandi sungai.Terima kasih Ya Allah atas semua yang Engkau berikan=)

Wallahu’alam=)
Semua yang baik dan buruk itu datang dari Allah tetapi yang buruk itu disandarkan atas kelemahan dan kekurangan saya sendiri sebagai insan yang hina lagi dina.Jika ada salah dan silap mohon ditegur dan betulkan=)
Assalamualaikum=)

No comments:

Post a Comment