Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum buat sahabat2 yang mengenali dan yang x mengenali diri
ini.Semoga kita semua masih berada dalam redhaNya dan terus berusaha mencapai
redhaNya.Amin…..InsyaAllah=)
Huhu…..
Dalam beberapa hari ini,ana jalan terjingkut-jingkut.Pergerakan
kaki ana terganggu.Selsema,batuk2 dan macam nak demam jer.Allah…..Sakit sikit
kita ni,tapi mulut banyak mengeluh.Teringat kate2 pensyarah ana selepas
practical lab tadi.Penyakit itu,Allah yang bagi maka percayalah yang akan sembuhkan
kita itu juga Allah=).Betul2 (@^_^@).
Jalan jingkut-jingkut pun,Alhamdulillah Allah bagi nikmat lain,banyak lagi…kita je xreti nak perasantankan.Bak kate ustaz ana,” ‘Signboard’ kat tepi2 jalan dibuat hanya untuk manusia yang mahu memandang sahaja,begitu juga dengan ciptaan Allah hanya diciptakan untuk orang yang mahu melihat sahaja”.Maksudnya=Ada antara kita yang dah tahu selok belok jalanraya,xpayah pandang ‘singboard’ pun.’signboard’ itu dibuat untuk orang yang nak pandang je(org y xtaw jalan)…begitu juga dgn ciptaan Allah/nikmat yang Allah beri,orang yang xnak melihat xkan perasaan rahsia ciptaan Allah.Allah…..Bukalah mata dan hati kami supaya sedar dan syukuri semua nikmatMu.Amin…
Telah dijadikan cerita,ana dan kawan2 yang ambil kursus kimia UTM Skudai bersama
dengan beberapa orang pensyarah dan staf jabatan kimia telah pergi satu program
mendaki gunung Angsi,di Ulu Bendul Negeri Sembilan.
Bagus juga program ni,ada objektif yang tersirat dan yang
tersurat.Bagi ana ini satu tarbiyyah dari Allah.Di tengah2 hutan,bila tiba wak2
malam,pensyarah2 dan abang2 fasi bagi tazkirah maghrib.Sampai renjer hutan
panggil pensyarah, ustaz.comel =).Subuh dan petang ada bacaan
ma’thurat,pensyarah conduct.”Tutup mata masing2,dengar ada bunyi ape?”.Ana
ingat lagi kata2 pensyarah tersebut.Bunyi2 burung,ungka dan banyak lagi haiwan
yang ana xdpt nk kenal pasti.Tadabbur alam….lihat dan syukuri nikmat Allah
dengan melihat ciptaanNya.
Daki gunung ingatkan senang,tapi susah juga.huhu.Turun lagi
senang dari daki.=).Begitu juga dengan hidup ini,kita nak mencapai kejayaan
memang susah,banyak dugaan dan cabaran yang kita perlu tempuhi.Banyak juga ‘station’
yang kita perlu berhenti untuk berehat.Kalau nak jatuh senang je,xperlu banyak
cabaran dan dugaan.Sampai di kaki bukit semula,terdetik di hati ana melihat
kawan ana menangis(fed up sebab xsampai2),kenapa aku perlu daki,jika aku perlu
turun semula?”
Persoalan ana terjawab pada malam tersebut.”Kita bukan nak
dapat apa yang atas gunung tu,xde pe2 atas gunung tu.Kita nak pengalaman….Kita
nak apabila kita jatuh kelak,kita ingat balik rasa sakit kita daki gunung dan
jangan mengalah”kata pensyarah ana.Terfikir sejenak,betul apa yang dikatakan,pengalaman
sepanjang usaha kita untuk mencapai kejayaan dan pengalaman kita sewaktu jatuh
itu yang paling berharga.Menjadikan kita hamba yang lebih kuat dan lebih
bersyukur.=)
Lagi2….
Sesat ana dan beberapa orang kawan ana apabila turun dari
gunung.Hujan pula turun lebat.Risau ana dengan kawan2 ana yang baru nak turun
dari gunung.Tangga nak turun curam(tangga semulajadi dari akar2
pokok,Subhanallah…cantik kejadian Allah),mudah tergelincir.Kami yang sudah hampir
tiba ni,redah sungai dalam keadaan hujan lebat.Sehinggakan ada yang
terjatuh-jatuh dalam sungai.Tiba di tapak perkhemahan,semua xtahu nak buat
apa.Nak solat macam mana,baju basah,khemah basah.Lihat jejaka-jejaka ambil
wudhu dan solat di dewan terbuka dalam keadaan basah.Dalam hati
ana,berbunga-bunga…terus suruh muslimat ambil wudhu’ dan solat dalam keadaan
baju lencun.Allah….tarbiyyah Allah sangat mantap.(@^_^@)
Waktu dalam perjalan pulang semula ke UTM,kami diminta untuk
mencari kerja dalam masa sejam setengah supaya kami dapat duit untuk makan
tengahari.Pengalaman pertama kena ngorat dengan bangla….Hahahah.Masing2 ada
pengalaman masing2.Kami belajar cara nak berkomunikasi dengan masyarakat.Ada
yang okay dan ada yang x.huhu.Alhamdulillah,pengalaman yang sangat berharga.=)Xlupa juga,dapat mandi sungai.Yeah!!!!Dah lame xmandi sungai.Terima kasih Ya Allah atas semua yang Engkau berikan=)
Wallahu’alam=)
Semua yang baik dan buruk itu datang dari Allah tetapi yang
buruk itu disandarkan atas kelemahan dan kekurangan saya sendiri sebagai insan
yang hina lagi dina.Jika ada salah dan silap mohon ditegur dan betulkan=)
Assalamualaikum=)





Maksudnya:Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti
dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari
sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak
mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa
yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk
menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka
sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa
yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan
melindungi mereka selain daripadaNya.(Ar-Ra'd:11)






